Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Webtoon paling SERAM! Pasti nak lelapkan mata pun susah!

Antara cadangan saya kepada peminat cerita seram di luar sana.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Siri Webtoon paling SERAM! Pasti nak lelapkan mata pun susah!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah kamu minat dengan cerita seram? Apakah cerita seram terakhir yang awak baca? Kali ini saya mempunyai beberapa cadangan untuk webtoon paling menakutkan pernah saya baca. Bagi kamu yang tidak tahu, webtoon bermaksud komik versi digital yang berasal daripada Korea Selatan. Bolehlah hiburkan kamu yang bosan tidak tahu nak buat apa kan. Nak tahu lebih tak? Berikut adalah beberapa webtoon paling seram yang disediakan oleh saya.

The Red Book

Webtoon ini pada dasarnya adalah sekumpulan cerita seram pendek yang berkisarkan supernatural dan makhluk jahat. Setiap episod adalah sekitar 20 muka surat dan ia tidak memberi banyak butiran mengenai watak, tetapi lebih memberi tumpuan kepada jalan cerita untuk plot twist besar pada penghujung. Yang paling menarik tentang webtoon ini adalah jump scare-nya dengan kemunculan makhluk seram pada penghujung. Bagi mereka yang mencari sesi seram yang pendek tetapi berkekalan, bacalah The Red Book.

Chiller

Salah satu webtoon kegemaran saya dan eksklusif untuk siri ini, ia mengandungi animasi dan bunyi, jadi pastikan kamu naikkan volume dan baca pada waktu malam untuk pengalaman yang terbaik! Walaupun webtoon ini juga berkisarkan supernatural, ia juga mempunyai lebih banyak unsur thriller/ psikologi seperti pembunuh bersiri dan psiko. Cerita ini juga berlangsung lebih lama dengan latar belakang watak yang lebih maju kerana mereka mungkin ialah mangsa atau pembunuh. Dengan sentuhan pelbagai artis, setiap cerita mempunyai gaya dan cerita yang unik.

Tales of the Unusual

Satu lagi webtoon penuh koleksi cerita pendek dan menakutkan. Webtoon ini akan teruskan dengan plot yang sama untuk beberapa episod, lantas memberikan lebih banyak ruang untuk membangunkan watak-watak dan plot. Kebanyakan cerita biasanya membawa tema Karma, atau “what goes around, comes around.” yang bermaksud jika kamu melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang, sesuatu yang buruk akan berlaku kepada diri sendiri. Jika kamu sedang mencari koleksi cerita dengan watak-watak dan jalan cerita dengan sentuhan plot twist, Tales of the Unusual sangat sesuai untuk anda.

Distant Sky

Mencari satu siri post-apocalyptic dengan kanak-kanak yang berjuang untuk terus hidup dalam keadaan yang hampir mustahil? Webtoon ini adalah untuk anda! Webtoon ini berkisarkan seorang budak lelaki yang bangun dikelilingi oleh kematian dan kegelapan dan hanya dia sahaja di atas muka bumi. Cerita ini mungkin agak mengelirukan dengan butiran yang sangat sedikit diperkenalkan pada permulaan dan flashback berlaku pada setiap masa, tetapi lambat laun akan masuk akal jika kamu teruskan membaca. Watak-wataknya dikeliling penuh misteri, tetapi senang untuk menyukai mereka. Dengan banyak plot twist dan perjuangan antara hidup dan mati, webtoon ini memastikan kamu sentiasa terkejut!

Bastard

Seperti deskripsi LINE Webtoon, “There is a serial killer in my house!” kamu akan tahu jawapannya pada permulaan beberapa episod pertama. Nama watak utama ialah Jin tetapi bagi siapakah pembunuh bersiri itu dan mengapa orang tersebut tinggal di rumah seseorang, lebih baik kamu membaca sendiri. Saya sangat suka watak-watak yang ada di dalam webtoon ini kerana ada perkembangan watak yang membuatkan mereka lebih mudah difahami. Tidak ada apa-apa yang menakutkan atau aktiviti supernatural, tetapi lebih kepada psikologi jiwa. Jika ini adalah sesuatu yang kamu minati, jom kita usya sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BastardChillerDistant SkySeramTales of the UnusualThe Red BookWebtoon
Previous Post

Mencari barangan gaming MSI? Dapatkan pelbagai barangan MSI di Product Concept Store, Plaza Low Yat Kuala Lumpur!

Next Post

Khabar Angin untuk Game Baru Batman makin kukuh selepas dikantoikan di Twitter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Khabar Angin untuk Game Baru Batman makin kukuh selepas dikantoikan di Twitter!

Khabar Angin untuk Game Baru Batman makin kukuh selepas dikantoikan di Twitter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd