Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Para mobile gamer akan disajikan hujung minggu penuh aksi apabila ASUS Republic of Gamers (ROG) menganjurkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid pada 17 dan 18 Mei 2025.

Bersempena sambutan High Five Day dalam Honor of Kings, acara ini mengundang pemain untuk menunjukkan kemahiran mereka, bersaing merebut ganjaran eksklusif, dan merasai pengalaman gaming terbaik dengan Siri ROG Phone 9.

Kredit: ROG

HOK Mastery Arena akan berlangsung di ASUS Concept Store, Sunway Pyramid, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam pada kedua-dua hari. Pendaftaran acara akan berakhir pada 18 Mei 2025, jam 10:00 malam.

Pemain berpeluang mencuba tiga model flagship iaitu ROG Phone 9, ROG Phone 9 FE, dan ROG Phone 9 Pro, yang menjanjikan pengalaman gaming mudah alih yang menakjubkan.

Pertarungan Epik Pasukan

Kredit: ROG

HOK Mastery Arena menampilkan pertarungan 1v1 Team Up Showdown, di mana pemain boleh menyertai pasukan pilihan dan bersaing untuk kejuaraan.

Pada Hari Pertama (17 Mei, 2:00 petang–8:00 malam), Team Helen Yan akan menentang Team Ristelle, manakala pada Hari Kedua (18 Mei, 2:00 petang–8:00 malam), Team Phi bakal berdepan dengan Team Stella.

Pemain yang menyertai pertandingan ini berpeluang memenangi legendary skin, barangan eksklusif ROG, dan pelbagai hadiah menarik.

HOK Mastery Pack Eksklusif

Kredit: ROG

Sepanjang acara, peserta yang membeli mana-mana model Siri ROG Phone 9 di lokasi acara boleh mendapatkan HOK Mastery Pack, termasuk AeroActive Cooler X (bernilai RM349).

Aksesori ini direka untuk meningkatkan pengalaman gaming dengan butang tambahan yang menyerupai keselesaan controller konsol. Tawaran istimewa ini hanya sah di ASUS Concept Store Sunway Pyramid semasa acara.

Buka Kelebihan Istimewa dalam Game

Kredit: ROG

Bersempena High Five Day Honor of Kings, pemain boleh membuka kelebihan istimewa dalam game dengan mengunjungi ASUS Concept Store di Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, atau IOI City Mall.

Pemain hanya perlu mengetik pilihan “Nearby Players” dalam Honor of Kings, menyambung, dan menggoyangkan peranti mereka untuk mengaktifkan ganjaran lokasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan ganjaran, layari laman rasmi HOK Mastery Arena. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman gaming anda dan menuntut ganjaran hebat di HOK Mastery Arena pada 17-18 Mei 2025 di Sunway Pyramid!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HOK Mastery ArenaROG
ShareTweetSend
Previous Post

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

Next Post

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Reviu Final Destination Bloodlines - Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd