Bagi manga, industri ini berkembang dengan sangat pesat sejak kebelakangan ini. Seiring dengan perkembangan industri, purata penjualan untuk siri terhangat pun semakin meningkat, di mana sebuah laporan baru telah mendedahkan siri manga paling terlaris pada tahun 2021 (separuh pertama). Laporan ini datang dari Oricon yang terkenal sebagai sumber rasmi untuk penjualan manga. Syarikat ini mengumumkan carta sahih untuk penjualan manga pada pertengahan tahun ini, dan keputusannya mungkin akan mengejutkan para pembaca.
Here's a fixed chart. Apologies for the error! pic.twitter.com/QJLIkFiNq2
— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 30, 2021
Menurut laporan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba masih berada di tempat pertama dengan nilai penjualan yang sangat tinggi. Manga ini telah terjual sebanyak 26,351,483 salinan tahun ini (setakat ini). Diikuti oleh Jujutsu Kaisen di tempat kedua, siri ini melonjak dalam populariti setelah tayangan musim pertama. Laporan menunjukkan bahawa manga ini telah terjual 23,797,483 salinan pada tahun ini. Dua siri ini berjaya meninggalkan pesaing lain dengan jarak yang sangat jauh, tetapi itu tidak bermaksud karya lain tidak bagus.

Tempat ketiga jatuh kepada Tokyo Revengers dengan jumlah 5,007,825. Attack on Titan berada di tempat keempat (4,635,754) manakala Chainsaw Man mengambil tempat kelima dengan nilai penjualan sebanyak 4,181,650. The Promised Neverland (3,191,416) hadir di tempat keenam lalu diikuti oleh My Hero Academia (3,045,057), Haikyu!! (2,944,002), Kingdom (2,596,395), dan One Piece (2,573,010).

Seperti yang anda lihat, ini menunjukkan sejauh mana prestasi semasa industri manga di Jepun, dan ramai menjangka kedudukan ini akan berubah menjelang akhir tahun ini. Apa pendapat anda tentang senarai manga yang paling terlaris pada tahun 2021? Adakah siri manga kegemaran anda dalam senarai? Kongsi pendapat di ruang komen sekarang!
Sumber – ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post