Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Black Shark 5 Pro diumumkan, gaming phone terbaru dengan Snapdragon 8 Gen 1

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2022
in Artikel, Berita, Mobile, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Siri Black Shark 5 Pro diumumkan, gaming phone terbaru dengan Snapdragon 8 Gen 1
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, siri Black Shark 5 telah diumumkan, dan merupakan gaming phone terbaru yang terdiri daripada varian Black Shark 5 standard dan 5 Pro! Kami menghadiri acara pengumuman ini dan berikut adalah maklumat yang diperoleh:

Black Shark 5 standard ialah model ‘entry level’. Oleh itu, ia tidak memiliki spesifikasi paling canggih seperti versi Pro. Kedua, kita ada pilihan Black Shark 5 Pro, yang dicipta khusus untuk para gamer yang mendahagakan spesifikasi terbaik berkat perkakasannya yang canggih.

Dari segi kuasa, Black Shark 5 menampilkan cipset Snapdragon 870 manakala model Pro mempunyai Snapdragon 8 Gen 1 terkini. Untuk skrin, kedua-dua model menawarkan paparan AMOLED FHD+ 6.67 inci dengan kecerahan maksimum 1,300 nits. Selain itu, kedua-dua model ini dilengkapi dengan sampling rate setinggi 720Hz dan refresh rate sehingga 144Hz, yang menggandakan lagi pengalaman untuk sesi gaming yang pantas dan lancar.

Bukan itu sahaja, kedua-dua model juga dilengkapi dengan ” trigger button” untuk memberi kawalan tambahan di dalam game kegemaran seperti PUBG Mobile dan sebagainya.

Setiap model datang dengan jumlah memori dan storan yang berbeza. Black Shark 5 Pro boleh dikonfigurasikan dengan sama ada 8GB, 12GB atau 16GB RAM serta pilihan antara storan 256GB atau 512GB. Model standard Black Shark 5 pula akan menampilkan sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ia mempunyai bateri sebesar 4,650 yang menggunakan pengecasan pantas 120W.

Siri Black Shark 5 bukan sahaja adalah mesin gaming, malah ia juga boleh bersaing dalam kategori kamera. Model Pro menampilkan kamera utama 108MP di bahagian belakang, bersama-sama dengan ultrawide 13MP dan telefoto 5MP, manakala model standard mempunyai kamera utama 64MP, ultrawide 13MP dan makro 2MP. Untuk kamera selfie, kedua-dua model menggunakan ‘wide lens 16MP’, yang sangat bagus untuk panggilan video.

Berikut adalah spesifikasi ringkas:

[wpdatatable id=124]

Buat masa ini, pihak bertanggungjawab tidak mengumumkan harga rasmi untuk siri Black Shark 5, tetapi kita akan tahu lebih lagi apabila ia dilancarkan pada 8 Jun 2022.

Untuk membaca segala liputan kami tentang phone gaming termasuk review kita untuk Black Shark 4 Pro, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Shark 5 ProMobileXiaomi Malaysia
Previous Post

Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix + kini tiba di Steam khas untuk pemain PC!

Next Post

Jurassic World Primal Ops akan keluar di Android & iOS, gameplay ala Pokemon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jurassic World Primal Ops akan keluar di Android & iOS, gameplay ala Pokemon

Jurassic World Primal Ops akan keluar di Android & iOS, gameplay ala Pokemon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd