Pencipta Stardew Valley, Chucklefish baru dedahkan game baru diorang: Spellbound! Abang long dia Finn Brice panggil game ni simulasi sekolah ahli sihir..so ko bayangkan camni la, Stardew Valley jumpa Harry Potter.
Tapi katanya game ni amik inspirasi dari banyak sumber, antaranya movie-movie Studio Ghibli, Discworld, novel Old Kingdom dan jugak kartun Steven Universe. Jadinya takyah risau pasal pengaruh Harry Potter tak banyak pun dalam ni, takde Dumbledoor, Snipe semua tu..
Penah tengok Harry Potter kan? Dah masuk sekolah sihir buat apa? Kena belajar magik dengan sihir la apa lagi. Ada beberapa jenis “Schools of magic” yang boleh digunakan. Nak jadi power magik, kena la buat projek sekolah..antaranya mengusahakan tanaman magik (bukan daun ketum), ternak binatang magik atau berlawan dengan binatang kat hutan untuk kuasai magik elemen.
Sambil tu mende-mende lain kat sekolah macam kenal-kenal orang lain, berkawan, malahan nak dating-dating & couple-couple pun ada gak. Dan jugak aktiviti lain..apa kau ingat nak pegi ngorat Hermione je ke??
Macam Stardew Valley, Finn Brice nak highlight yang NPC pun ada motivasi dan kehendak diorang sendiri. Hmm..
Spellbound ni bukan pure sim semata-mata, ada gak elemen-elemen lain macam sistem combat ala retro Zelda, guna pedang, bow, bom dan senjata-senjata yang sewaktu dengannya.
Release date? Blom lagi. Katanya nak kua kat PC tapi Chucklefish tak tolak kebarangkalian untuk Switch (sikit-sikit Switch, hype sangat ni)
@gamersantaimy
Discussion about this post