Jika kita tanya mana-mana peminat Naruto, mereka mesti tahu tentang puak Uchiha yang terdiri daripada ninja-ninja hebat seperti Sasuke, Itachi, Madara dan banyak lagi. Siapa sangka, seorang lagi ahli Uchiha yang kuat diperkenalkan yang kekuatannya setanding dengan mereka. Bernama Uchiha Nanashi, siapakah gadis misteri ini?

Asal Usul

Diperkenalkan dalam game Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections, Uchiha Nanashi dilahirkan sebagai “Uchiha Hikari” semasa zaman perang antara negara ninja. Malangnya, ibu bapanya terbunuh pada satu ketika semasa perang, menyebabkan dia menjadi yatim piatu.
Sebaik sahaja ahli puak Uchiha yang lain mendapat tahu tentang kebolehan Hikari yang kuat, mereka menggunakan dia sebagai ‘senjata’, dan memberitahu tujuannya hanya untuk berkhidmat kepada mereka dalam perang. Mereka juga menukar namanya kepada “Nanashi” (ketiadaan) untuk menandakan dia tiada identiti sebagai manusia.

Selama beberapa tahun, Nanashi dikurung oleh puak sendiri, dilayan sebagai senjata. Nanashi terbukti sangat kuat sehingga dia memaksa puak Senju (puak Hokage Pertama) untuk mengundur diri daripada salah satu pertarungan. Kini dianggap sebagai ancaman, Puak Sarutobi dan Senju, yang dahulu tidak bersekutu sekarang perlu bersatu demi mengalahkan Nanashi.
Mereka akhirnya berjaya mengalahkan gadis itu lalu mengurungnya dalam skrol supaya tidak dapat digunakan lagi dalam perang.

Dia dibebaskan hampir seabad kemudian oleh Merz (seorang fanatik dan pengikut Pain) lalu digunakan sebagai alat perang semula, dengan menggunakan kebencian Nanashi terhadap puak Uchiha dan dunia shinobi untuk mendapatkan kepercayaannya.
Berjaya Dapat Mangekyo Sharingan Seiring Zaman Madara

Walaupun nampak muda, Nanashi memiliki Sharingan yang matang sepenuhnya. Tidak pasti bila dia membuka abiliti ini, tapi ingin membuktikan bakat ini pada usia yang muda. Di samping Sharingan biasa, Nanashi juga memiliki Mangekyo Sharingan, satu pencapaian yang hanya diperoleh Uchiha Madara dan abangnya, Izuna.
Dia mempunyai jutsu Tsukuyomi dan Amaterasu, dan dapat menggunakan Inkizami no Tsukuyomi melalui Mangekyo Sharingan-nya. Selain itu, Nanashi dapat memanipulasi api hitam, seperti mencipta vortex untuk melindungi Boruto.

Paling istimewa sekali, dia mempunyai Genjutsu unik bernama Yachihoko, yang membolehkan Nanashi mengawal orang lain dengan memadam memori mereka lalu menanam arahan yang kuat dalam minda mereka.
Apa Berlaku Kepadanya?

Apabila Boruto mengembara kembali ke masa lalu dengan bantuan Otsutsuki Toneri, sejarah Nanashi telah berubah apabila Boruto menyelamatkan dia daripada dikurung oleh puak uchiha. Bersama Boruto, mereka berjaya mengalahkan ahli klan Uchiha dan melarikan diri.
Selepas dibawa ke tempat selamat, Boruto akhirnya memberi tahu nama sebenarnya Nanashi iaitu Hikari. Bermula saat ini, Hikari dapat menjalani kehidupan yang aman tanpa peperangan, sambil mengenangkan jasa Boruto.

Dia sungguh terhutang budi kepada Boruto sehingga meninggalkan mesej yang memberitahu betapa banyak kehidupannya berubah selepas diselamatkan oleh Boruto.
Apa pendapat korang tentang Uchiha Nanashi? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Dapatkan segala berita kami tentang francais Naruto di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post