Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!

safwan by safwan
February 14, 2023
in Action, Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Komik, Movie/siri, TGV Cinemas
0 0
0
Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!
Share on FacebookShare on Twitter

Ant-Man and The Wasp: Quantumania tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk ditayangkan di pawagam Malaysia. Dengan kesempatan ini, kami ingin mengongsikan sedikit tentang perbezaan antara MODOK yang ada dalam komik dan juga MCU yang bakal muncul dalam filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania nanti.

Sebelum itu, berikut adalah sinopsis Ant-Man and The Wasp: Quantumania:

Selepas peristiwa “Avengers: Infinity War” dan “Avengers: Endgame,” Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali meneruskan pengembaraan superhero mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.

Bersama dengan ibu bapa Hope – Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott – Cassie Lang (Kathryn Newton), seluruh keluarga mendapati diri mereka terperangkap di Quantum Realm, dan berjumpa dengan makhluk yang unik dan pelik.

Maka, mula sebuah pengembaraan yang memaksa masing-masing melampaui batas fikiran sambil menghadapi Kang the Conqueror, ancaman terbaharu selepas Thanos.

MODOK versi komik

MODOK atau nama lainnya adalah “Living Computer” telah membuat penampilan pertamanya pada tahun 1971 dalam Captain America #133. Dalam komik tersebut, Captain America sedang menjalankan misi untuk menyelamatkan Agent 13 di mana pada waktu itu penyamarannya telah terbongkar semasa mencuba untuk mengetahui tentang kewujudan MODOK.

Lalu, dia telah ditahan di salah satu kapal selam AIM. Apabila Captain America cuba untuk mencari Agent 13, MODOK akhirnya menonjolkan dirinya dan menyerang Captain America dengan “mind beam”.

Dia muncul sebagai kepala gergasi dalam sut mekanikal yang terapung. Sut tersebut telah direka oleh saintis di AIM untuk menakluk dunia. Sebelum di bertukar menjadi MODOK, dia merupakan seorang manusia yang bernama George Tarleton dan bekerja dengan Scientist Supreme untuk mencipta Cosmic Cube.

Kemudian, dia telah dipaksa untuk masuk ke dalam “alteration chamber” bagi meningkatkan kecerdasannya dan telah bertukar menjadi “Human Computer/Living Computer”. Dia sebenarnya adalah tikus makmal untuk saintis AIM dan “alteration chamber” telah menukarnya menjadi “Human Computer/Living Computer”.

Saiz otaknya semakin membesar manakala anggota badannya yang lain mengecil. Dengan memperoleh kuasa baharu, dia telah menggulingkan Scientist Supreme dan menjadi ketua baharu AIM. Malangnya, tentera AIM langsung tidak mengendahkan arahannya dan cuba untuk meninggalkan kapal selam tersebut.

Mengetahui yang tentera AIM akan meninggalkan kapal selam tersebut, Captain America bersama Agent 13 pun ikut bersama mereka melarikan diri. Tetapi apabila MODOK mengetahui perkara tersebut, dia mengaktifkan “self-destruct” dan meletupkan kapal selam itu.

Nasib baik, semua orang selamat dan tiada siapa yang terbunuh dalam letupan tersebut. MODOK yang mengaktifkan “self-destruct” juga terselamat kerana dia telah mencipta “mental force field” yang melindungi dirinya daripada mati terbunuh.

MODOK versi MCU

Versi MCU sangatlah berbeza dengan versi komik di mana MODOK yang ditampilkan di dalam filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania sangatlah berbeza sama sekali di mana dia langsung tiada kaitan bersama Captain America.

Malah, Darren Cross yang menjadi Yellowjacket dalam filem Ant-Man pertama akan menjadi MODOK dan bukannya George Tarleton seperti yang tertulis di komik.

Menurut trailer Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Marvel telah mendedahkan yang Darren Cross telah bertukar menjadi MODOK. Untuk memperkenalkan watak MODOK di bumi mungkin agak susah, jadi Marvel telah menjumpai jalan penyelesaian di mana mereka memulakannya dengan mengecilkan Yellowjacket menjadi sub atom.

Anda mungkin akan perasan bahawa Yellowjacket telah mengecil bermula dengan anggota tangannya dan secara tidak langsung badannya menjadi cacat. Apabila telah menjadi subatom, Kang mungkin telah menjumpai dengan keadaan yang cacat dan telah membantunya untuk bertahan sehingga menjadi MODOK.

Dalam masa yang sama, Kang mungkin turut membantu dalam meningkatkan kecerdasannya kerana Kang the Conqueror sendiri adalah seorang genius dalam bidang teknologi. Besar kemungkinan Kang sendiri yang memberikan peralatan terapung untuk membantu MODOK stabil dan bergerak. Dan disebabkan perkara itu, MODOK merupakan orang kanan Kang.

Buat masa sekarang, kuasa MODOK di MCU masih tidak didedahkan sehingga filem ini ditayangkan. Namun, apa yang kami tahu, dia mempunyai otak seperti komputer yang boleh memproses dan menyimpan data pada kelajuan kilat. Dia juga mempunyai kuasa “psychic” dan “psionic” untuk membolehkan dia mencipta “mental force field”.

Memandangkan asal usulnya jauh berbeza dengan versi komik, mungkin kuasa yang ditampilkan di dalam MCU juga akan berlainan sedikit.


Apapun, itu sahaja yang ingin kami kongsikan berkenaan MODOK di dalam versi komik dan juga MCU. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Ant-Man and The Wasp: Quantumania bakal ditayangkan di Malaysia pada 16 Februari 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ant-Man and the Wasp: QuantumaniakomikmcuMODOK
Previous Post

One Piece: Straw Hat dituduh culik Vegapunk, bakal jumpa Vivi? (SPOILER)

Next Post

Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!

Chainsaw Man: Senarai Devil Terkuat Dalam Siri Buat Masa Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd