Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapa sangka?? Monopoly GO kini game mobile nombor 1 di Malaysia, tewaskan Honkai Star Rail & ML!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2023
in Android, Artikel, Berita, Board Game, iOS, Mobile, Multiplayer
0 0
0
Siapa sangka?? Monopoly GO kini game mobile nombor 1 di Malaysia, tewaskan Honkai Star Rail & ML!
Share on FacebookShare on Twitter

Monopoly GO oleh Scopely dilancarkan pada 12 April lalu, yang bermaksud ia masih lagi “fresh” di pasaran. Tetapi jangan pandang rendah pada game ini kerana menurut data baru, ia sudah mencapai kejayaan yang besar di negara kita. Berdasarkan jumlah muat turun dan hasil keuntungan, nampaknya Monopoly GO kini adalah game mobile nombor satu paling popular di Malaysia, sehingga berjaya mengalahkan nama-nama besar seperti Honkai Star Rail, PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.

Kredit: Scopely

Maklumat ini diambil daripada AppMagic, yang mengesahkan bahawa Monopoly Go kini berada dalam carta “lima game mobile dengan muat turun dan hasil keuntungan paling banyak” di Malaysia. Maklumat ini diambil untuk kedua-dua iOS dan Android.

Secara khusus, Monopoly GO mula menaiki carta sejak dari tiga bulan lepas. Pada Mei 2023, ia berjaya capai tempat ke-4 dengan muat turun sebanyak 231,979. Pada Jun 2023, ia terus mendahului carta dengan 483,063 muat turun. Setakat ini untuk Julai 2023, Monopoly GO masih menduduki tempat pertama dengan 502,078 muat turun. Sebagai perbandingan, Mobile Legends: Bang Bang berada di kedudukan ke-5 dan itupun dengan hanya 188,139 muat turun.

Data Mei 2023, Kredit: AppMagic
Data Jun 2023, Kredit: AppMagic
Data Julai 2023, Kredit: AppMagic

Daripada segi keuntungan daripada pembelian mikrotransaksi, game ini berjaya mendapat USD $1,621,864 (anggaran RM7,405,593) untuk 2023.

Mengapa ramai yang suka Monopoly GO?

Kredit: Scopely

Pertama sekali, francais Monopoly boleh dikatakan permainan papan yang paling terkenal dan paling digemari di seluruh dunia. Walaupun wujud di Malaysia, mungkin lebih ramai orang tempatan mengenali permainan Saidina. Disebabkan itu, pasti ramai yang bersifat nostalgia dan sudah terbiasa dengan konsep permainan dan peraturannya.

Dengan mengadaptasikan permainan ikonik itu ke platform mobile gaming, ternyata ia boleh mendapat sambutan tetapi siapa sangka ia menjadi begitu popular dalam masa yang cepat.

Kredit: Scopely

Monopoly GO! bukan sahaja berjaya membawa gameplay ikonik itu ke bentuk mudah alih, malah telah melaksanakan beberapa ciri popular seperti elemen PVP dan dunia permainan yang semakin berkembang.


Adakah anda pun bermain Monopoly GO? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMobileMonopoly GO
ShareTweetSend
Previous Post

Twitter Kini Menjadi X, Komuniti Kingdom Hearts Bangkit Semula!

Next Post

Interview bersama Shawn Chin – AFA Creators Super Fest fokus kepada komuniti

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Interview bersama Shawn Chin – AFA Creators Super Fest fokus kepada komuniti

Interview bersama Shawn Chin - AFA Creators Super Fest fokus kepada komuniti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd