Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siap sedia ke medan perang semula! Battlefield 6 bakal tiba ke konsol anda tidak lama lagi

EA bakal mendedahkan maklumat Battlefield 6 pada 9 Jun jam 10 malam

Amir Haziq by Amir Haziq
June 2, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform, Shooter
0 0
0
Siap sedia ke medan perang semula! Battlefield 6 bakal tiba ke konsol anda tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan April yang lalu, EA telah mendedahkan bahawa siri game first-person shooter, iaitu Battlefield 6 akan tiba ke konsol next-gen. Berita itu turut menyatakan EA akan melancarkan game mobile pertama untuk Battlefield pada tahun 2022 nanti. Kini, syarikat permainan video tersebut mengumumkan bahawa Battlefield 6 bakal didedahkan pada bulan 9 Jun ini.

https://twitter.com/Battlefield/status/1399742535942258691?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1399742535942258691%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamesradar.com%2Fbattlefield-6-reveal-coming-on-june-9%2F

Berita ini diumumkan melalui Twitter rasmi Battlefield, dimana mereka telah memuat naik sebuah tweet bersama video teaser yang menyatakan Battlefield 6 bakal didedahkan pada 9 Jun pukul 10 malam waktu Malaysia. Dalam video teaser berdurasi 10 saat itu, ia menunjukkan logo Battlefield muncul dari gambaran artifak biru kehijauan yang bergetar dengan lagu tema Battlefield dimainkan sebagai bunyi latar.

Walaupun berita mengenai Battlefield 6 ini baru sahaja diumumkan, namun telah ada beberapa kebocoran yang memberi peminat Battlefield mengenai gambaran untuk game tersebut. Pada minggu lalu, terdapat sebuah video dimuat naik ke laman reddit dilaporkan diambil dari rakaman ujian dalaman, yang menunjukkan adegan pelancaran roket telah gagal dan meletup. Malah, ada juga beberapa screenshot mendedahkan pesawat VTOL dilihat untuk sebahagian lain dari video itu.

Buat masa ini, kami masih tidak diberitahu mengenai tema Battlefield ini, tetapi ada kemungkinan yang ianya akan kembali ke zaman moden atau berlaku dalam era yang berdekatan. Kami juga tidak mengharapkan Battlefield seterusnya akan mengembalikan banyak pasukan tentera dan hover dari standard perkakasan ketenteraan untuk pemain.

Menurut perancangan kewangan EA, Battlefield 6 dijangka bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, iaitu tidak lama lagi dari tarikh sekarang. Mungkin game ini bakal dikeluarkan sempena ulangtahun ke-20 Battlefield pada September nanti. EA turut merancang untuk mengadakan acara EA Play Live pada Julai nanti, jadi kita akan dapat melihat lebih banyak teaser mengenai francais tersebut.

Peminat francais Battlefield boleh melihat apa yang bakal didedahkan oleh EA mengenai Battlefield 6 pada 9 Jun jam 10 malam nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Battlefield, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 6eaFirst Person Shooter
Previous Post

Little Witch Academia: VR Broom Racing akan keluar di PSVR & Steam VR pada Julai 2021!

Next Post

RAZER akan mempamerkan masa depan perkakasan gaming di E3 2021!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
RAZER akan mempamerkan masa depan perkakasan gaming di E3 2021!

RAZER akan mempamerkan masa depan perkakasan gaming di E3 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd