Kalau anda menggunakan Manga Plus untuk membaca manga, mesti sedar ada satu survey yang sedang dijalankan. Survey itu nampaknya ada beberapa soalan panas yang ditujukan kepada pengguna dan salah satunya berkaitan dengan laman web manga lanun. Kecoh juga perkara ini di media sosial mengenai soalan survey Manga Plus itu. Mari kami ceritakan lebih mengenainya.
Bermula 19 Jun 2022, Manga Plus telah memulakan satu survey untuk meningkatkan kualiti untuk platform tersebut. Ianya boleh diakses dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Thailand, Sepanyol dan Perancis. Apa yang membuatkan survey ini menjadi perbualan dalam komuniti peminat anime adalah soalan awal yang berkaitan dengan lamab web manga haram. Anda boleh lihat soalan tersebut melalui gambar di bawah.
![survey manga plus](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2022/06/288936286_1411514056014267_5783995490574887318_n-1-884x1024.jpg)
Menarik soalannya. Siap minta nama laman web manga yang selalu digunakan oleh pengguna. Selain itu, mereka juga bertanyakan soalan tentang “sebab” peminat menggunakan laman web tersebut. Lain macambetul cara mereka untuk “buru” laman web haram tersebut. Memang patutlah kecoh dalam media sosial sepanjang minggu.
Di Twitter, boleh tahan juga ramai yang minta supaya tidak menjawab soalan tersebut. Kebanyakan sebab mereka berbuat begitu kerana tidak mahu laman web tersebut ditutup, tiada wang untuk langgan atau laman web tersebut lebih laju berbanding platform rasmi.
Isu mengenai cetak rompak manga memang benda biasa dalam kalangan peminat anime dan manga. Lebih-lebih lagi apabila laman KissAnime dan Kissmanga ditutup beberapa tahun yang lalu. Ramai juga yang mengamuk mengenainya. Apakan daya sekarang ini pun sudah banyak platform rasmi yang mempunyai katalog manga yang banyak. Tetapi disebabkan banyak yang tidak tersedia dalam platform tersebut, sudah tentu ramai yang mencari laman web lanun.
Apa pula pendapat anda tentang perkara ini. Adakah anda akan jawab soalan tersebut dengan jujur? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post