Hari ini, Splash Damage bersama streamer terkenal Mike “Shroud” Grzesiek dan Chris “Sacriel” Ball mengumumkan yang mereka sedang berkolaborasi untuk bangunkan game “AAA open-world survival” yang menggunakan codename Project Astrid.

Menurut video pengumuman tersebut, Shroud mengatakan yang “Saya bersama Sacriel telah memperhalusi visi untuk apa yang bakal ditambah dalam genre survival dan bersama Splash Damage, kami sedang berusaha untuk membinanya. Kami mahu membina game survival terbaik yang pernah ada dan dengan adanya otak Sacriel dan pasukan Splash Damage, saya tahu kami boleh lakukannya.”
“Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang segar dengan peminat kami, sambil kami mengambil langkah berani ke hadapan dan mencipta game yang benar-benar berbeza daripada apa yang kami lakukan sebelum ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Splash Damage Richard Jolly.
Buat masa sekarang, mereka langsung tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan game tersebut termasuk reka bentuk, tarikh pelancaran dan banyak lagi. Namun, Splash Damage mengatakan yang mereka akan mendedahkan lebih banyak perkara lagi pada masa akan datang.

Kalau anda nak tahu, Mike “Shroud” Grzesiek adalah pemain esports lama dan telah bersaing secara profesional dalam game CS:GO dan juga Valorant. Dia kini adalah seorang streamer yang mempunyai pengikut di Twitch sehingga 10.5 juta dan 6.8 juta subscriber di YouTube.

Manakala Chris “Sacriel” Ball pula ialah streamer veteran yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang ini lebih daripada 10 tahun. Streamer ini sering memfokuskan kepada game survival seperti DayZ, PUBG dan Escape from Tarkov.

Splash Damage adalah studio veteran yang memfokuskan kepada game multiplayer seperti Wolfenstein: Enemy Territory dan Enemy Territory: Quake Wars. Baru-baru ini, mereka telah mencipta game yang bertajuk Brink and Gears Tactics. Projek studio yang paling baru diumumkan ialah game action online Transformers: Reactivate.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Project Astrid baru sahaja diumumkan dan ia merupakan sebuah game AAA open-world survival yang sedang dibangunkan oleh Slash Damage bersama Shroud dan Sacriel.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post