SEGA telah memperkenalkan trailer combat baharu yang cukup menarik untuk SHINOBI: Art of Vengeance, sebuah platformer aksi 2D yang bakal dilancarkan pada 29 Ogos 2025.
Game ini akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan Steam, menghidupkan semula ninja ikonik, Joe Musashi, dalam satu lagi pengembaraan penuh aksi.
Trailer SHINOBI: Art of Vengeance tersebut menonjolkan sistem combat yang bertenaga, menggabungkan elemen nostalgia daripada siri klasik Shinobi di era Mega Drive dengan gaya pertarungan moden yang menekankan kombo dan gaya visual yang memukau.
Joe Musashi dilengkapi dengan pelbagai senjata, termasuk Katana Oborozuki yang legenda untuk serangan jarak dekat, membolehkan pemain mengacau musuh serta melancarkan kombo maut.
Untuk serangan jarak jauh pula, senjata Kunai memberikan ketepatan tinggi, manakala teknik Ninpo menawarkan kuasa serangan besar untuk jarak dekat hingga pertengahan. Kehebatan seni Ninjutsu Musashi turut menyumbang kepada pelbagai gerakan hebat bagi menumpaskan musuh dengan lebih bergaya.

Bukan sekadar pertarungan, SHINOBI: Art of Vengeance turut menampilkan kebolehan mobiliti baharu bagi Musashi. Penggunaan grappling hook membolehkan pemain berpaut pada titik tertentu di udara, cakar membantu dalam mendaki dinding, manakala glider pula memperlahankan jatuhan bagi melintasi jurang yang luas.
Semua elemen ini menambah variasi kepada aspek eksplorasi dan platforming, menjadikan setiap peringkat satu cabaran taktikal yang berlapis.

Pemain juga boleh mempertingkatkan kebolehan Musashi dengan mengumpul Amulet yang membuka naik taraf berkuasa serta mengakses alat Ningi untuk mengatasi pelbagai rintangan atau menemui laluan rahsia.
Game ini mendorong pemain menguasai sepenuhnya kemahiran Musashi, dengan gabungan pertempuran yang tepat dan pergerakan lancar demi memberikan pengalaman ninja yang autentik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi SEGA atau semak liputan kami sebelum ini mengenai judul yang cukup dinanti-nantikan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post