Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shadow of the Tomb Raider, Maneater & Greedfall ialah game percuma anda untuk PS Plus Januari 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 31, 2020
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Shadow of the Tomb Raider, Maneater & Greedfall ialah game percuma anda untuk PS Plus Januari 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation akhirnya telah mendedahkan senarai permainan video percuma baru untuk pengguna PlayStation Plus pada Januari 2021. Di sini, pengguna akan menerima dua permainan PlayStation 4 dan satu permainan PlayStation 5 bermula 5 Januari 2021. Kali ini, kita akan mendapat Greedfall, Maneater, dan Shadow of the Tomb Raider!

Maneater (PS5 version), Shadow of the Tomb Raider, and Greedfall are your PlayStation Plus games for January. Full details: https://t.co/Qp0muBc8WM pic.twitter.com/JRmoEbrBtF

— PlayStation (@PlayStation) December 30, 2020

Maneater adalah permainan percuma PlayStation 5 di mana anda mengawal seekor ikan jerung dan cuba menjadikannya yang paling kuat dalam dunia permainan dengan memusnahkan dan memakan segala di depan mata termasuk manusia. Permainan ini pertama kali dilancarkan di PlayStation 5 pada bulan November 2020 dan biasanya berharga RM169.00. Hanya versi PS5 sahaja yang sebahagian daripada tawaran PlayStation Plus Januari 2021, tetapi sesiapa yang membeli salinan PS4 di PlayStation Store akan mendapat versi PS5.

Greedfall pula adalah permainan action-RPG. Kita akan mengawal seorang pedagang bernama De Sardet lalu menentukan sama untuk menolong orang-orang di sebuah pulau demi mempertahankan kediaman mereka daripada penjajah atau bekerjasama dengan kumpulan penjajah untuk mengawal pulau dan membina tamadun di sana. Ia dilancarkan pada bulan September 2019 dan biasanya berharga RM211.00.

Shadow of the Tomb Raider adalah entri ketiga dalam siri reboot Tomb Raider dan merupakan kesimpulan untuk kisah trilogi ini. Lara Croft masih berlawan dengan Trinity dan berusaha menggagalkan rancangan kumpulan jahat itu, di mana pengembaraan kali ini membawanya ke kota Paititi. Permainan aksi ini mula dilancarkan pada bulan September 2018 dan biasanya berharga RM239.00.

Bagi mereka yang masih belum sempat menebus permainan percuma PS Plus untuk December 2020, anda mempunyai masa sehingga 4 Januari 2021. Selepas itu, Greedfall, Maneater, dan Shadow of the Tomb Raider akan tersedia sebagai sebahagian daripada barisan PlayStation Plus Januari 2021 bermula 5 Januari 2021.

Sumber – PS Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GreedfallmaneaterplaystationPlayStation plusShadow of the Tomb Raider
Previous Post

Peminat Demon Slayer di Malaysia!! Tiket “Fan Screening” dalam jualan di GSC bermula 31 Dis 20 ini!

Next Post

S.T.A.L.K.E.R 2 tayangkan dunia hampir kiamat dalam teaser gameplay baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
S.T.A.L.K.E.R 2 tayangkan dunia hampir kiamat dalam teaser gameplay baru!

S.T.A.L.K.E.R 2 tayangkan dunia hampir kiamat dalam teaser gameplay baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd