Baru sahaja tadi, Summer Game Fest telah berkongsikan sebuah game MMO terbaru, Lost Ark akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Game tersebut telah dibangunkan oleh Amazon Game Studios yang membawa konsep top-down.
https://www.youtube.com/watch?v=y5gdMeP2GC0&ab_channel=E32021E32021
Pendedahan trailer Lost Ark menampilkan campuran sinematik dan gameplay yang mempunyai beberapa persamaan dengan Diablo. Pemain akan dapat menyertai kisah fantasi gelap dari game ini yang memaparkan pedang dan senjata digunakan dalam menentang raksasa gergasi. Di dalam trailer ini juga, kita boleh lihat terdapat banyak makhluk yang melakukan kemusnahan, termasuk seekor naga.
Buat masa ini, tiada lagi pengumuman tarikh rasmi untuk pelancaran game ini, dan platform mana yang akan pemain dapat untuk game ini. Summer Game Fest telah mengumumkan beberapa game baru seperti Tiny Tina’s Wonderlands, Metal Slug Tactics, dan Death Stranding Director’s Cut, serta Jurassic World Evolution 2.
@gamersantaimy
Discussion about this post