Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Setiap sisi nampak garang! Unboxing Capcom Creators Model Glavenus/Dinovalde!

Tergoda! Nak simpan letak kat rak rumah boleh tak?

Nyny.A by Nyny.A
August 13, 2020
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Review, Review Produk, Tempatan
0 0
0
Setiap sisi nampak garang! Unboxing Capcom Creators Model Glavenus/Dinovalde!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak habis dengan kehangatan game Monster Hunter Iceborne yang sampai kini masih membuak-buak dan peminat ibarat boleh menjerit tanpa henti, nampaknya sebuah figurin dari salah satu Monster terkenal dalam siri ini membuat kemunculan kembali sehingga kami sendiri dapat unboxingnya berterima kasih kepada Gamer Break!

Monster yang dimaksudkan adalah Glavenus atau nama Jepunnya adalah 斬竜 (Dinovalde)! Dilancarkan pada tahun 2015, Dinovalde telah menjadi Monster kegemaran ramai peminat, dihasilkan semula dengan spesifikasi yang sama serta ekornya yang besar dan nampak seperti api biru yang membara, memang membuat kami teruja setelah mengeluarkannya dari kotak.

“Brute Wyven yang beraksi bersama ekor besar berwarna biru ibarat pedang. Ia menjadi makin hangat dan makin merah menyala dengan setiap serangan!”

Okay sebelum itu, pada yang tidak tahu mengenai Monster ini, meh sini kami ceritakan serba sedikit mengenai Dinovalde! Dinovalde adalah Brute Wyverns yang pertama kali diperkenalkan di Monster Hunter Generations. Dinovalde adalah Brute sangat besar dengan sisik merah gelap menutupi tubuhnya. Dua baris plat bertulang biru selari di belakangnya, dari mata ke ekor. Bahagian bawahnya lebih menyerupai warna krim.

Ciri utama fisiologi Dinovalde adalah ekornya yang seperti pedang. Ekornya pada awalnya sama warna dengan pelat belakangnya, walaupun akan berubah warna merah berapi selama pertempuran. Kaki belakangnya kuat dan berotot, sementara kaki depannya jauh lebih kecil dan tidak berguna. Wajah dan rahang ditutup dengan pelapisan yang kukuh, terutama menyerupai kepala Carnotaurus, walaupun lengan dan proporsinya dimodelkan berdasarkan Tyrannosaurus.

Dinovalde mampu mengasah ekornya seperti bilah di mulutnya untuk memberikan kemampuan untuk membuat letupan berapi dengan ekornya. Letupan ini bukan sahaja memberi jarak yang lebih besar kepada Dinovalde dengan beberapa serangannya, tetapi juga menjadikannya lebih kuat. Dinovalde adalah predator lincah dan agresif. Dinovalde sering menyeret ekornya ke tanah dan mengaum pada musuh, menunjukkan panas dan api yang menyala di kerongkongnya. Ini menunjukkan kepada musuh bahawa ia menggunakan api sebagai senjata dalam usaha menakut-nakutkan mereka. Bukan sahaja mereka dianggap sebagai salah satu Brute Wyvern yang terkuat, mereka juga dipercayai sebagai yang paling pintar di kawasan.

Dinovalde sememangnya menjadi pujaan peminat sehingga reka bentuk armor setnya turut tersedia dalam permainan!

Sambung semula ke sesi Unboxing kami~ Pada pandangan pertama kami setelah mengeluarkannya dari kotak, kami memang agak teruja melihatnya kerana ianya nampak sangat teliti. Dari kepala sehinggalah ke ekornya, figurin Dinovalde ini dibuat oleh ABS dan PVC berukuran tinggi 200 x lebar 200 x dimensi 180mm termasuk bahagian pedestal. Ukirannya memang sangat cantik dan nampak sisik-sisiknya yang terserlah!

Jika dilihat dengan teliti, setiap sisik Dinovalde ini nampak seperti hidup, digabung dengan warna likatnya bersalut merah, biru dan ada sedikit kelabu asap menarik lagi mata kami dengan kagumnya. Bahagian bawah lebih kepada berwarna kelabu, manakala kakinya lebih kepada biru dan kelabu.

Yang nampak lebih garang adalah bahagian ekornya yang disaluti warna metallic ungu dengan gradient kelabu. Ibarat realiti, anda boleh fokus kat ekor lah! Bahagian kepala mula anda boleh lihat dimulutnya lidah berwarna merah jambu cair dan gigi agak kekuningan, dan matanya sahaja nampak agak biasa berwarna biru bertitik hitam.

Anda hampir tidak dapat melihat figurin ini hanyalah plastik pada gambar ini, mereka benar-benar menyembunyikannya dengan baik di antara batu-batu serta di bawah timbangan yang rapuh yang selalu menjadi nilai tambahan dan menunjukkan seberapa baik pengerjaan hasil ukirannya.

Bagi pengalaman kami secara keseluruhan pada susuk figurin ini memang benar-benar puas hati dan mempunyai berat badan yang stabil dengan kualiti rangka ini dan yang paling penting, harganya berbaloi dengan apa yang boleh didapatkan!

Perincian model “Monster Hunter” Glavenus/Dinovalde: 

Saiz model: 29.0cm x 27.2cm x 24.2cm
Berat: 1.4 KG
Bahan: PVC, resin ABS
Harga: RM 549 (Penghantaran percuma)

Figurin ini anda boleh dapatkan di laman web rasmi Gamer Break atau anda boleh terus ke Facebook mereka! Gamer Break ada pelbagai lagi figurin dan versi fizikal Game yang korang boleh dapatkan dengan harga yang berbaloi! Jadi apa lagi? Jom shopping!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Brute WyvernsCAPCOM Figure BuilderDinovaldeFigurinGamer BreakGlavenusmonster hunterMonster Hunter GenerationsMonster Hunter Iceborne斬竜 (Dinovalde)
Previous Post

Ian Chiew – Concept Artist GHOST of TSUSHIMA rupanya adalah anak tempatan Malaysia!

Next Post

Kebenaran sedih tentang kepupusan puak Uzumaki & abiliti mereka di francais NARUTO!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Kebenaran sedih tentang kepupusan puak Uzumaki & abiliti mereka di francais NARUTO!

Kebenaran sedih tentang kepupusan puak Uzumaki & abiliti mereka di francais NARUTO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd