Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sertai event Marvel’s Spider-Man 2 di Bukit Bintang! Peluang menangi pelbagai goodies eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, Pameran/Expo, PS5, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Sertai event Marvel’s Spider-Man 2 di Bukit Bintang! Peluang menangi pelbagai goodies eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan pelancaran game Marvel’s Spider-Man 2 di PlayStation 5, hari in Sony Interactive Entertainment Singapore menganjurkan event khas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur; di mana para pengunjung dapat menerokai “gerai surat khabar Daily Bugle”, pameran mini, mengambil gambar bersama Symbiote, hands-on game Spider-Man 2 di PS5 hands-on dan aktiviti mudah ala Coney Island!

Kredit: Gamer Santai

Event Marvel’s Spider-Man 2 ini secara rasminya bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 29 Oktober 2023. Untuk sertai, anda hanya perlu melawat tapak acara Marvel’s Spider-Man 2 dan kumpulkan kad setem melalui aktiviti. Selesaikan setiap “misi” untuk mendapatkan setem dan tebus hadiah istimewa.

Aktiviti Yang Disediakan

  • Showcase Display
    • Pengunjung boleh melihat PlayStation 5 – Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition Bundle dan Marvel’s Spider-Man 2 Collector’s Edition secara lebih terperinci melalui paparan showcase.

  • Hands-on gameplay untuk Marvel’s Spider-Man 2
    • Pengunjung dapat mencuba game Marvel’s Spider-Man 2 di booth hands-on di mana korang berpeluang mengalami detik-detik awal dalam permainan sebagai Peter dan Miles.
Kredit: Gamer Santai
  • Tangkap Momen
    • Ambil foto atau video di Symbiote Photo-op atau Poster Giant Lenticular, muat naik foto/video ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #SpiderMan2PS5 dan pastikan posting itu terbuka kepada public
Kredit: Gamer Santai
  • Mini-game di Coney Island
    • Selesaikan dua mini-game di zon Coney Island: permainan “Uji Kekuatan Memakai Tukul” dan permainan “Menjatuhkan Semua Tin”

Selepas menyelesaikan semua aktiviti di atas, anda boleh menebus poster khas daripada game (terhad kepada 200 salinan setiap hari) dan buku komik prekuel ( hanya pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober. Terhad kepada 100 salinan setiap hari).

Kredit: Gamer Santai

Hadiah Eksklusif

Anda juga boleh dapatkan peluang untuk memenangi item eksklusif percuma seperti PlayStation Plus, merchandise edisi terhad dan juga PS5 Spider-Man 2 Bundle apabila membeli sebarang item di gerai jualan.

Seperti saya kata tadi, syarat untuk melayakkan diri adalah dengan membeli barang berkaitan, baru anda boleh memasuki Lucky Draw. Berikut adalah senarai produk yang dijual:

  • Marvel’s Spider-Man 2 – Standard Edition (Disc/Digital) – RM299
  • Marvel’s Spider-Man 2 – Digital Deluxe – RM339
  • Marvel’s Spider-Man – Collector’s Edition – RM969
  • Marvel’s Spider-Man 2 PS5 Console Limited Edition Bundle – RM2,969
  • Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition PS5 Cover – RM309
  • Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition DualSense Controller – RM399

Hadiah Lucky Draw

  • Tempat Pertama: PlayStation 5 Console Limited Edition
  • Tempat Kedua: Game Collector’s Edition
  • Tempat Ketiga & Keempat: “Exclusive Fan Pack” termasuk 1x backpack, 1x keychain, 1x T-shirt, 1x lenticular card, 1x PlayStation Plus (Deluxe) 1 month subscription

Butiran Event

  • Lokasi: Piazza, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Tarikh: 20 October – 29 October 2023
  • Masa: 10:00 – 22:00
  • Laman Web Rasmi: www.playstation.com/en-my/local/campaigns/marvels-spider-man-2/

Dapatkan segala berita kami tentang Marvel’s Spider-Man 2 termasuk review kami di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bukit BintangMarvel's Spider-Man 2tempatan
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Digimon Adventure 02: The Beginning Fan Screening Malaysia Dijual Sekarang! Berharga RM200! [UPDATE]

Next Post

Persona 5 Tactica – Penjelasan Quest, New Game+ & ciri Replay!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Persona 5 Tactica – Penjelasan Quest, New Game+ & ciri Replay!

Persona 5 Tactica - Penjelasan Quest, New Game+ & ciri Replay!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd