Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sertai acara komuniti Seize the Throne untuk memenangi PS5 dan banyak lagi hadiah eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Giveaway, PS4, PS5
0 0
0
Sertai acara komuniti Seize the Throne untuk memenangi PS5 dan banyak lagi hadiah eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan Seize the Throne, sebuah acara komuniti menarik yang menyeru pemain untuk bermain bersama-sama bagi merebut pelbagai hadiah eksklusif termasuk konsol PS5 baru dan banyak lagi!

Dengan menyelesaikan tiga “Stages of Community Goals”, pemain boleh memperoleh avatar PSN eksklusif dan tema PS4 unik sepanjang perjalanan. Pemain yang layak juga harus bersaing untuk memenangi hadiah utama melalui siri soalan trivia yang mencabar. Hadiah utama termasuk konsol PlayStation 5, set King’s PlayStation Shapes Ring dan satu bundle yang menampilkan Pulse 3D Wireless Headset serta kad hadiah digital PlayStation Store ($100 USD).

Pendaftaran bermula sekarang dan akan terus dibuka sehingga akhir Peringkat 2 Community Goals . Bahagian pertama pertandingan akan berakhir apabila komuniti menyelesaikan ketiga-tiga peringkat, atau sehingga 16 November. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengambil bahagian:

Daftar

Daftar dengan ID PSN anda di SINI. Setelah mendaftar, pemain akan secara automatik dimasukkan ke dalam program dan pusingan soalan akan datang. Acara ini terbuka kepada pengguna PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Mula bermain

Terdapat tiga peringkat sepanjang acara, di mana Peringkat 1 akan bermula pada 2 November. Setiap peringkat memerlukan pemain melengkapkan aktiviti berikut untuk mendapatkan mata dan mencapai “Community Goal” bagi setiap peringkat:

  • Main game PS4/PS5 — Setiap gamePS4/PS5 yang dimainkan oleh setiap pemain selama sekurang-kurangnya sejam akan memperoleh mata ke arah Community Goal. Pemain akan memperoleh mata tambahan jika mereka bermain dengan pengguna dalam Friends List mereka (yang juga telah mendaftar untuk mengambil bahagian).
  • Gunakan ciri “Share” — Setiap imej atau video yang dimuat naik oleh setiap pemain melalui ciri Share pada konsol kepada rakan PSN atau ke media sosial akan memperoleh mata. Setiap pemain mempunyai maksimum enam Share PS4/PS5 sehari.
  • Peroleh Trofi — Setiap pemain boleh memperoleh maksimum enam Trofi PS4/PS5 setiap hari untuk menyumbang mata ke Community Goal. Peroleh mata tambahan untuk setiap lima trofi yang diperoleh dalam satu game PS4/PS5.

Menangi Ganjaran Eksklusif

Setiap orang yang mendaftar boleh memperoleh ganjaran 10 avatar eksklusif dan dynamic theme PS4 eksklusif apabila komuniti mencapai matlamat. Ganjaran akan dihantar terus ke konsol PS4 atau PS5 pemain melalui notifikasi sistem kira-kira 2 hari selepas setiap peringkat selesai.

Dengan mendaftar ke acara Seize the Throne, pemain yang layak boleh bersaing untuk memenangi hadiah utama, termasuk konsol PS5, set King’s PlayStation Shapes Ring dan satu bundle yang menampilkan Pulse 3D Wireless Headset dan kad hadiah digital PlayStation Store bernilai $100 USD. Pemain perlu menjawab tiga soalan yang akan disiarkan di playstation.com/seize-the-throne antara 18 November 2021 pada 2:00 AM.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman web rasmi untuk mendapatkan butiran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS4ps5Seize the ThroneSony
Previous Post

Pokémon Unite umumkan tarikh tamat untuk musim pertama!

Next Post

Remake Prince of Persia: Sands ditangguhkan sekali lagi ke 2022/2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Remake Prince of Persia: Sands ditangguhkan sekali lagi ke 2022/2023

Remake Prince of Persia: Sands ditangguhkan sekali lagi ke 2022/2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd