Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seorang TikToker telah hasilkan video MOBILE LEGENDS dengan UI ala-ala PS4!

Maira by Maira
March 31, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Seorang TikToker telah hasilkan video MOBILE LEGENDS dengan UI ala-ala PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam TikTok memang banyak video-video menarik dengan pelbagai kandungan unik. Baru-bari ini seorang TikToker, dikazippy telah membuat sebuah video yang memang kreatif. Cuba bayangkan kalau Mobile Legends ada tersedia di PS4? Itulah apa yang anda boleh lihat dalam video tersebut. Reka bentuk UI dalam video itu juga nampak hebat. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Jika anda melihat video tersebut, UI untuk hero Mobile Legends yang direka oleh Dika Zippy nampak serupa dengan UI pada konsol PS4. Dalam video itu, terdapat menu pemilihan mod Mobile Legends yang boleh dipilih untuk kita mainkan. Mod tersedia adalh Classic, Ranked, Brawl dan Custom.

Dalam mod Ranked, anda boleh lihat pemilihan Hero ML dengan reka bentuk UI ala-ala PS4. Nampak hebat kan. Bukan setakat itu sahaja, Statistik dan kemahiran Hero juga dipaparkan untuk pemain. Selepas memilih Hero yang diingini, pemain juga boleh meminlih skin yang mereka ada untuk hero tersebut. Boleh dikatakan butiran yang direka oleh TikToker ini sememangnya mantap.

@dikazippy

Gatau bingung mau nulis apa #mobilelegends #mlbbcreatorcamp #mcc_0325id @mlbbtopcreation 241450 (9263)

♬ Kawaii – revzy

Melalui Gamebrott, ternyata Dika telah mengambil masa hampir tiga hari untuk menyiapkan video tersebut. Malah dia juga menyatakan bahawa memikirkan tentang konsep video itu juga membuatkannya buntu. Tambahnya, untuk menghasilkan konsep tersebut lebih sukar berbanding membuat video. Dia juga turut mengesahkan bahawa dia cuba untuk membuat UI tersebut kelihatan seperti UI PS4. Jika anda ingin tahu, Dika telah menggunakan Alight Motion dan beberapa aplikasi lain seperti Picsart, Remini dan Background Eraser.

Dika juga terkejut dan gembira apabila mendapati videonya itu mendapat sambutan positif daripada pengguna lain dan pemain Mobile Legends. Ini membuatkan segala usahanya dalam menghasilkan video itu berbaloi.

Apa pendapat anda dengan konsep UI Mobile Legends yang ala-ala PS4 ini? Gempak kan? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Mobile Legends daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang BangPS4TikTok
Previous Post

Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022

Next Post

Game percuma PS Plus untuk April 2022 diumumkan termasuk SpongeBob SquarePants!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game percuma PS Plus untuk  April 2022 diumumkan termasuk SpongeBob SquarePants!

Game percuma PS Plus untuk April 2022 diumumkan termasuk SpongeBob SquarePants!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd