Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seorang lelaki ditembak maut oleh rakannya kerana Diablo 2!

Maira by Maira
December 21, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Seorang lelaki ditembak maut oleh rakannya kerana Diablo 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Pertengkaran yang berlaku semasa bermain permainan Diablo 2 berakhir dengan seorang lelaki bernama Joshua G. Spellman, 36 tahun telah didakwa kerana menembak dan membunuh rakannya di utara Clark County, Washington. Mangsa telah dikenal pasti sebagai Andrew W. Dickson yang mengalami kecederaan daripada tembakan maut di bahagian badan dan meninggal dunia di PeaceHealth Southwest Medical Center, Vancouver

Joshua G. Spellman hadir di Mahkamah TInggi Daerah Clark kerana disyaki dengan pembunuhan tahap kedua pada Jumaat lalu, dengan butiran diperoleh The Columbian melalui affidavit. TElah didedahkan bahawa semasa temu bual dengan detektif, Spellman, Dickson dan rakan ketiga mereka sedang bermain Diablo 2 apabila pertengkaran tersebut tercetus. Spellman dan Dickson, kedua-duanya tinggal bersama dan bermain dari lokasi yang berbeza di tanah milik ibu bapa Spellman. Mereka bertiga telah menggunakan headset untuk berkomunikasi dalam permainan.

Joshua G. Spellman, 36, of Amboy makes a first appearance Friday in Clark County Superior Court on suspicion of second-degree murder. Investigators say Spellman fatally shot his long-time friend, 34-year-old Andrew Dickson, following an argument over a video game.
Sumber: Jessica Prokop/The Columbian

Didakwa bahawa seorang pemain rawak telah memasuki permainan mereka dan mencuri item loot berharga Diablo 2, di mana mereka bertiga masih belum kutip. Ini menyebabkan Dickson menjadi kecewa kerana permainan tersebut sepatutnya dilindungi dengan kata laluan tetapi malangnya tidak menurut Spellman. Dickson pada waktu itu telah menjerit, memanggil nama dan mengutuk Spellman dalam permainan. Ia berlangsung selama tiga hingga lima minit dan ini membuatkan Spellman memberitahu Dickson bahawa dia perlu bertenang atau dia akan ditembak.

Menurut kenyataan affidavit itu, Spellman mengalbil pistolnya yang berada disebelah komputer, berjalan dari rumahnya ke rumah utama hartanah itu dan melepaskan tembakan ke udara. Dia memasuki rumah tersebut dan bercakap dengan bapanya sehingga Dickson masuk dan berhadapan dengan Spellman mengenai ancaman untuk menembaknya. Dickson mendekati Spellman dan ditembak. Spellman yang juga ditanya mengapa pistolnya berada di sebelah komputernya, lalu menjawab “Mengapa tidak? Ini Amerika.”

RelatedPosts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

Spellman juga memberitahu detektif bahawa Dickson sering kecewa dan tidak menentu tetapi tidak pernah bertindak ganas terhadapnya tentang permainan atau sebaliknya. Spellman tidak mempunyai rekod jenayah, tetapi pihak pendakwaan meminta Spellman ditahan dengan jaminan $2 juta dolar. Pihak pembelaan meminta $200,00, tetapi Hakim Jennifer Snider menetapkan ikat jamin sebanyak $750,000, disebabkan kebimbangan keselamatan masyarakat. Spellman dijadualkan untuk dihadapkan ke mahkamah pada 29 Disember 2021. Perkara ini berlaku pada 15 Disember lalu dan dalam dokumen tersebut menyatakan bahawa Spellman dan Dickson sudah berkawan selama 26 tahun.

Sumber: gamerant, The Columbian

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo 2jenayah
Previous Post

Sanggup ugut polis dengan pisau, perompak berjaya curi lebih 50 kad grafik bernilai RM72K!

Next Post

Ini antara iklan mobile game yang pelik dan menghiburkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Ini antara iklan mobile game yang pelik dan menghiburkan!

Ini antara iklan mobile game yang pelik dan menghiburkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd