Steam Deck, platform terbaru oleh Valve telah dijadualkan untuk mula dihantar bulan depan. Walaupun begitu, Valve masih belum lagi mengesahkan senarai game yang boleh dimainkan pada platform tersebut. Terima kasih pada perkembangan terbaru serta beberapa penemuan dalam komuniti gaming, kini kita mempunyai sedikit maklumat mengenai senarai game yang anda boleh mainkan di Steam Deck.

Melalui reddit, cloudsheep0 telah menyenaraikan senarai game yang telah mendapat “steam verified” dan boleh bermain dengan baik di Steam Deck. Berikut adalah game-game yang disenaraikan:
- DEATH STRANDING
- Castle Crashers (Castle Crashers®)
- Dishonored
- Mad Max
- The Binding of Isaac: Rebirth
- Cuphead
- DARK SOULS™ II: Scholar of the First Sin
- Hollow Knight
- DARK SOULS™ III
- APE OUT
- Manifold Garden
- Celeste
- Guacamelee! 2
- Into the Breach
- Psychonauts 2
- Risk of Rain 2
- RAD
- The Messenger
- SCARLET NEXUS
- Sekiro™: Shadows Die Twice (Sekiro™: Shadows Die Twice – GOTY Edition)
- Mark of the Ninja: Remastered
- Tunche
- Death’s Door
- Tetris® Effect: Connected
- FINAL FANTASY
- Gunfire Reborn
- Rogue Legacy 2
- HOT WHEELS UNLEASHED™
- Aliens: Fireteam Elite
- Total War: WARHAMMER II
- Remnant: From the Ashes
- Sable
- Noita
- Super Mega Baseball 3
- Circuit Superstars
- Record of Lodoss War-Deedlit in Wonder Labyrinth-
- Webbed
- Portal 2
Itu hanya game yang mendapat status “verified” dan ada lebih daripada 80 game yang telah mendapat status daripada ujian Deck Verified untuk Steam Deck. Ada beberapa game seperti The Witcher 3, Nier Automata dan Tomb Raider mendapat status “boleh dimainkan ” tetapi mungkin sukar untuk dibaca kerana teksnya yang kecil dan sebagainya.
Walaupun begitu, selepas Steam Deck dilancarkan secara rasmi, mungkin banyak status game seperti berikut akan diubah selepas mendapat maklum balas daripada pemain. Dengan platform tersebut menjanjikan bahawa kebanyakkan game PC boleh dimainkan padanya, tetapi mungkin ada beberapa yang tidak disokong. God of War nampaknya seperti ada peluang cerah untuk dimainkan pada Steam Deck. Kita perlu menunggu beberapa kemas kini baru untuk benar-benar mengetahui lebih lanjut mengenai platform Valve ini.
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post