Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai game paling popular sepanjang zaman CC! Mana satu kegemaran anda?

safwan by safwan
November 7, 2022
in Artikel, Berita, Panduan, PC, Senarai
0 0
0
Senarai game paling popular sepanjang zaman CC! Mana satu kegemaran anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa tidak kenal “Cyber Cafe” atau lebih dikenali dengan nama pendeknya iaitu CC, betul? Pada zaman itu, hampir semua orang akan pergi ke CC untuk bermain game. Dalam masa yang sama, ada yang sanggup duduk di CC seharian hanya untuk bermain game bersama rakan-rakan. Memang kenangan habis masa itu.

Namun, dengan pengedaran zaman yang semakin maju, kebanyakan CC telah ditutup kerana tidak mempunyai permintaan yang ramai. Pada zaman sekarang, hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laptop atau PC dan setiap orang mempunyai sebuah telefon canggih. Hari ini, kami ingin kongsikan beberapa game yang sering dimainkan semasa berada CC. Jom, mari kita mulakan.

Counter-Strike

Salah satu game FPS yang wujud dan paling popular pada zaman tersebut. Ingat lagi cara-cara buat server untuk bermain bersama rakan-rakan lain. Memang nostalgia habis. Di sinilah bermulanya game kompetitif yang sekarang ini dikenali sebagai e-sports.

BlackShot

Selepas Counter-Strike, kita ada game FPS fast-paced yang menampilkan pelbagai skin senjata yang cantik. Memang masa tu, siapa yang ada skin memang power dan kaya. Lama-kelamaan baru sedar, game ini menawarkan Play-To-Win (P2W).

StarCraft

Dilancarkan pada tahun 1998, StarCraft adalah game Real-Time-Strategy (RTS) yang sering dimainkan pada ketika itu. Sehingga kini, terdapat beberapa pemain yang masih bermain game ini secara kompetitif.

Mesti diantara korang yang tidak berapa pandai bermain game ini mempunyai senarai “cheat” yang boleh digunakan di sebelah.

StarCraft berlatarkan permulaan abad ke-26, berpusat pada perjuangan galaksi untuk menguasai di kalangan empat spesies, Terran yang boleh disesuaikan; Zerg insektoid yang sentiasa berkembang; Protoss yang berkuasa dan penuh teka-teki; dan bangsa pencipta Xel’Naga yang seperti dewa di bahagian paling jauh dalam galaksi Bima Sakti yang dikenali sebagai Koprulu Sector.

Half-life

Tajuk sulung Valve menggabungkan action dan adventure dengan teknologi yang memenangi anugerah untuk mencipta dunia yang realistik yang menakutkan di mana pemain mesti meneruskan hidup. Juga termasuk mode multiplayer menarik yang membolehkan anda bermain menentang rakan dan musuh di seluruh dunia.

Command & Conquer Red Alert 2

Command & Conquer: Red Alert 2 adalah game Real-Time-Strategy 2.5D yang dilancarkan pada tahun 2000 sebagai sekuel kepada game-nya yang pertama. Berlatarkan pada awal 1970, Red Alert 2 muncul pada penghujung kempen Allied pada game pertama, menjadikan idea asal Red Alert sebagai prekuel kepada Tiberia Dawn sukar untuk direalisasikan dan memisahkan alam Red Alert sebagai sirinya sendiri.

Dota 2

Dilancarkan pada tahun 2013, Dota 2 adalah game Multiplayer Online Battle Arena (MOBA). Game ini merupakan sekuel kepada Defense of the Ancients di mana ia merupakan mod yang direka oleh komuniti berdasarkan Warcraft III: Reign of Chaos.

Warcraft III: The Frozen Throne

Sebelum wujudnya Dota 2, kita telah dikenalkan dengan satu game RTS yang sebenarnya memberikan inspirasi dalam membangunkan Dota 2. Gameplay game ini sama seperti StarCraft, cuma universe Warcraft menampilkan bahan-bahan yang perlu dituai (harvest). Anda memerlukan Gold untuk membina bangunan dalam universe Warcraft.

FIFA Online 3

Tidak seronok jika dalam senarai ini kami tidak sertakan game sukan yang sangat popular iaitu FIFA Online 3. Apa yang seronoknya dengan game ini adalah korang kena bina satu pasukan yang sangat berkuasa untuk mengalahkan pemain lain. Kalau korang bosan pun, boleh ajak kawan korang berlawan atau bermain bersama-sama.

FIFA

Jika FIFA online 3 adalah online multiplayer, kita ada lagi satu game sukan lain yang boleh bermain bersama rakan-rakan iaitu FIFA 2002 dan seterusnya. Paling seronok buat kejohanan dan bermain dengan pasukan kegemaran. Memang sangat seronok.

O2Jam & SDO

Tidak lupa juga game Rhythm yang sangat seronok. Dengan pelbagai lagu dimainkan, sudah pasti ramai yang ingat hampir kesemua rentak untuk memastikan dapat skor “perfect” setiap lagu.

Web Based Flash Game

Kebanyakan game Flash tidak perlu untuk di download cuma hanya memerlukan internet. Pada masa inilah Miniclip, Y8 dan macam-macam lagi halaman lain yang menawarkan flash game sangat popular. Antara game yang popular adalah 8 Pool di Miniclip. Hampir semua orang pergi ke CC untuk bermain game itu.

Facebook-Based Game

Sumber: Vcgamers

Masih ingat lagi zaman kegemilangan game Facebook seperti Dragon City, Ninja Saga dan macam-macam lagi? Ada yang sanggup membuka Facebook sepanjang hari semata nak kumpul ganjaran yang diberikan. Tambah pula dengan jemputan rakan-rakan lain di Facebook, memang banyak sangat “notification” yang keluar untuk mendapatkan ganjaran.


Setakat ini, itu sahaja yang dapat kongsikan kepada anda berkaitan game yang pernah menjadi popular sepanjang zaman CC dahulu. Jadi, selepas melihat senarai ini, mana satu game kegemaran korang?

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: blackshotCounter-Strikefifafifa online 3Half-lifeStarcraft
Previous Post

“Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2” – Bak kata Shroud!

Next Post

Sonic Frontiers Review — Berlari Merentasi Open Zone Yang Terbentang Luas!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sonic Frontiers Review — Berlari Merentasi Open Zone Yang Terbentang Luas!

Sonic Frontiers Review -- Berlari Merentasi Open Zone Yang Terbentang Luas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd