Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!

Maira by Maira
February 1, 2023
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri, Panduan, Senarai
0 0
0
Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, setiap bulan ada sahaja filem-filem baru yang akan dikeluarkan. Untuk bulan Februari 2023, GSC telah mengeluarkan barisan filem yang bakal ditayangkan di pawagam mereka. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok filem apa yang GSC bawa untuk bulan Februari 2023!

Harum Malam (9 Februari)

Berkisarkan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat berbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Marvel Studios’ Ant-Man and The Wasp: Quantumania  (16 Februari)

Super-Hero Scott Lang dan Hope Van Dyne meneruskan pengembaraan mereka sebagai Ant-Man and the Wasp. Bersama-sama, dengan ibu bapa Hope, Hank Pym dan Janet Van Dyne, mereka sekeluarga mendapati diri mereka meneroka Quantum Realm, berinteraksi dengan makhluk baharu yang pelik dan memulakan pengembaraan yang akan mendorong mereka melampaui batasan.

The First Slam Dunk (23 Februari)

Filem anime ini mengikuti kisah Ryota Miyagi, seorang pemain point guard untuk pasukan bola keranjang sekolah tinggi Shohoku. Dia mempunyai seorang abang, Sota, yang tiga tahun lebih tua daripadanya, dan mengajarnya rasa sayang terhadap sukan itu. Ryota dan rakan sepasukannya Hanamichi Sakuragi, Takenori Akagi, Hisashi Mitsui dan Kaede Rukawa mencabar juara bola keranjang, sekolah Sanno.

Didi & Friends The Movie (23 Februari 2023)

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey.

Imaginur (23 Februari)

Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis. Kehidupan Zuhal menjadi kacau bilau apabila masa lalu dan masa depan bercampur-baur. Ini ditambah lagi dengan kehadiran perempuan misteri iaitu Nur yang membuatkan dia tidak dapat membezakan realiti dan fantasi.

Cocaine Bear (23 Februari)

Selepas seekor beruang hitam seberat 500 paun mengambil sejumlah besar kokain mula mengamuk, membuatkan sekumpulan penduduk terdiri daripada polis, penjenayah, pelancong dan remaja berkumpul di hutan Georgia.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang (23 Februari)

Hafiz, seorang pegawai Pengawal Pantai Malaysia, sedang meraikan pertunangannya di sebuah resort pantai bersama tunangnya. Entah dari mana, sekumpulan pengganas merampas hotel dan menculik tunang dan keluarganya. Beberapa tetamu diambil sebagai tebusan, manakala yang lain dibunuh dengan kejam. Hafiz berjaya melarikan diri dengan hanya beberapa kecederaan, dan dia segera mengatur misi mencari dan menyelamat untuk mengembalikan semua orang dalam keadaan selamat.

Selain daripada filem yang disenaraikan di atas, berikut adalah filem lain yang akan ditayangkan oleh GSC:

  • Everything Under Control – 2 Februari
  • Returning Home – 2 Februari
  • OMG! Oh My Girl! – 9 Februari
  • Titanic 25th Anniversary – 9 Februari
  • The Fabelmans – 9 Februari
GSC Filem Februari 2023

Selepas melihat senarai filem-filem hebat yang bakal ditayangkan di GSC Malaysia, mana satu pilihan korang untuk layan pada bulan Februari 2023? Kongsikan tajuk filem yang korang nak layan di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Filem FebruariGSC Cinemas MalaysiaMovie GSC
Previous Post

Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!

Next Post

Apex Legends Mobile bakal tutup pada 2 Mei – baru 7 bulan di pasaran!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apex Legends Mobile bakal tutup pada 2 Mei – baru 7 bulan di pasaran!

Apex Legends Mobile bakal tutup pada 2 Mei - baru 7 bulan di pasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd