Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai Filem GEMPAK yang korang boleh tonton di wayang 2020-2021!

Termasuk G.I Joe, FAST & FURIOUS 9, Minions dan banyak lagi!

Nyny.A by Nyny.A
July 6, 2020
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Senarai Filem GEMPAK yang korang boleh tonton di wayang 2020-2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Yaa akhirnya mulai minggu lalu kita dapat menonton wayang setelah berbulan-bulan ditutup akibat pandemik COVID-19 sehingga kita terpaksa menjalankan “Perintah Kawalan Penggerakan” yang kini dalam fasa Pemulihan (PKPP). Ramai yang tahu antara filem yang ditayangkan bermula minggu lalu yang menarik perhatian kami adalah Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna dan akan datang tayangan minggu ini di GSCinemas adalah My Hero Academia: Heroes Rising dibuka untuk tontonan 9 Julai ini. Tetapi, banyak cerita yang terpaksa ditangguhkan tayangannya disebabkan pandemik ini, jadi UIP Malaysia telah mengongsikan beberapa senarai filem akan datang yang kami nak kongsikan pada anda semua sebab ini antara filem yang dinantikan ok! Jom mulakan!

WITHOUT REMORSE (1 Oktober 2020)

Genre: Aksi/ Thriler

Pelakon: Michael B. Jordan

Sebuah filem yang sangat dinantikan terutama pada peminat Tom Clancy’s dan juga adaptasi permainan siri Tom Clancy’s. Ia berdasarkan novel 1993 dengan nama yang sama iaitu Tom Clancy. Seorang bekas Navy SEAL bertukar menjadi operasi CIA membalas dendam setelah teman wanitanya dibunuh oleh ketua dadah Baltimore.

G.I. JOE SNAKE EYES (22 Oktober 2020)

Genre: Aksi

Pelakon: Henry Golding, Samara Weaving

Dilakonkan oleh anak tempatan Malaysia yang berasal dari Sarawak iaitu Henry Golding, melakonkan watak sebagai Snake Eyes, watak paling misteri dan disukai dalam G.I Joe! Selepas pembunuhan ayahnya, Snake Eyes menuju ke jalan dendam yang gelap membawanya ke Tommy (seorang pejuang Jepun yang membawanya berlatih dengan klan Arashikage). Nilai-nilai Arashikage memaksa Snake Eyes untuk mempertanyakan usaha membalas dendam sebagai pendorong dalam hidupnya. Persahabatan dan kepercayaannya dengan Tommy bertambah, namun rahsia gelap yang dimiliki oleh Snake Eyes akan menguji kesetiaan yang telah dia bina di dalam klan dan akhirnya akan mendorongnya menjadi pahlawan atau penjahat.

NO TIME TO DIE (12 November 2020)

Genre: Aksi

Pelakon: Daniel Craig, Rami Malek, Ana de Armas

Bond~James Bond 007 kini kembali lagi membaru ansuran francais ke-25 untuk tontonan anda! Sinopsis kali ini menceritakan Bond yang telah pencen meninggalkan servisnya yang aktif. Sehingga seorang kawan lamanya Felix leiter dari CIA yang muncul meminta pertolongan, memimpin Bond menjejak penjahat misteri bersenjata dengan teknologi baru yang berbahaya!

THE CROODS 2 (10 Disember 2020)

Genre: Animasi

Pelakon: Nicholas Cage, Emma Stone, Ryan Reynolds

Yang pertama ditayangkan pada tahun 2013 dengan menampilkan suara dari pelakon-pelakon terkenal termasuk Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds akan kembali Disember ini setelah 7 tahun berlalu! Kali ini keluarga The Croods telah meninggalkan gua mereka dan berjumpa keluarga lain “Bettermans”! Ya nantikan mereka akan berebut untuk menjadi siapa yang lebih hebat dan lebih berkembang!

TOP GUN MAVERICK (24 Disember 2020)

Genre: Aksi

Pelakon: Tom Cruise, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Miles Teller, Ed Harris

Hero kegemaran ramai kini kembali! Setelah lebih dari tiga puluh tahun berkhidmat sebagai salah satu juruterbang tertinggi Angkatan Laut, Pete Mitchell kini di tempat dia berada, mendorong sampul surat itu sebagai juruterbang ujian yang berani dan menghindari kemajuan dalam peringkat yang akan menjadikannya sebagai juruterbang terhebat.

THE BOSS BABY 2 (25 Mac 2021)

Genre: Animasi

Pelakon: Alec Baldwin, Steve Buscemi

Tuuu diaaa si baby kembali nak menakhluki!  Theodore Templeton / Boss Baby yang dilakonkan oleh Alec Baldwin nampaknya ada perancangan baru. Filem animasi komedi ini membawa dari sekuel asal Boss Baby pada tahun 2017 oleh DreamWorks Animation’s yang diarahkan oleh Tom McGrath.

FAST & FURIOUS 9 (1 April 2021)

Genre: Aksi

Pelakon: Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese, Jordana Brewster, Charlize Theron, John Cena

Baru sahaja melancarkan gameplay rasmi permainan terbaru mereka Fast & Furious yang akan datang ke platform PC, PS4 dan Xbox One 7 Ogos ini, kali ini francais filem yang terkenal yang dilakonkan oleh Vin Diesel ini kembali lagi untuk ansuran ke-9 mereka pada tahun hadapan dan diarahkan oleh Justin Lin! Selepas peristiwa The Fate of the Furious (2017), Dominic Toretto dan keluarganya mesti menghadapi adik lelakinya, Jakob (John Cena), seorang pembunuh, yang bekerjasama dengan musuh lama mereka Cipher (Charlize Theron) dan yang memiliki vendetta peribadi terhadap Dominic.

MICRONAUTS (3 Jun 2020)

Genre: Aksi Pengembaraan

Pelakon: TBA

Pasukan saintifik dikecilkan ke tahap sekecil mikron untuk memasuki komputer yang tidak berfungsi yang mengancam kestabilan dunia. The Micronauts adalah buku komik yang menampilkan sekumpulan watak berdasarkan garis mainan Mego Micronauts. Judul pertama diterbitkan oleh Marvel Comics pada tahun 1979, dengan watak dan watak asli berdasarkan mainan. Marvel menerbitkan dua siri Micronauts, yang kebanyakannya ditulis oleh Bill Mantlo, hingga tahun 1986, sejurus selepas barisan mainan itu dibatalkan pada tahun 1980. Pada tahun 2000-an, Image Comics dan Devil’s Due Publishing masing-masing secara ringkas menerbitkan siri Micronauts mereka sendiri. Jadi apa agaknya plot dalam filem ini? Kita nantikan kemaskini akan datang!

JURASSIC WORLD 3 (10 Jun 2021)

Genre: Aksi Pengembaraan

Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Sam Neill

Sekuel filem Jurassic World: Fallen Kingdom 2018, ia adalah filem keenam dalam francais Jurassic Park dan filem terakhir dalam trilogi Jurassic World. Seperti pendahulunya, Frank Marshall dan Patrick Crowley akan menghasilkan filem ini, dengan pengarah Trevorrow dan Jurassic Park (1993) Steven Spielberg bertindak sebagai  eksekutif producer.

MINIONS: THE RISE OF GRU (1 Julai 2021)

Genre: Animasi

Pelakon: Steve Carrell

Sequel dari filem animasi Minions (2015), kali ini mengisahkan impian seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun untuk menjadi supervillain terhebat di dunia! Minions: The Rise of Gru pada asalnya dijadualkan akan dilancarkan secara teater di Amerika Syarikat pada 3 Julai 2020 oleh Universal Pictures, tetapi ditangguhkan ke 2 Julai 2021 kerana kesan pandemik COVID-19 terhadap industri filem.

Jadi mana satu yang anda tak sabar untuk tontonkan? Jom kongsikan kat kami punya media sosial! Andai kata ada kemaskini terbaru atau tayangan ditangguhkan ke, nantikannya ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FAST & FURIOUS 9Filem 2020Filem 2020-2021Filem 2021G.I Joe: Snake EyesJURASSIC WORLD 3Marvel ComicsMICRONAUTSMINIONS: THE RISE OF GRUNO TIME TO DIETHE BOSS BABY 2THE CROODS 2TOP GUN MAVERICKUIP Malaysiawithout remorse
Previous Post

Ulasan *SPOILER* Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna! Penamat menyayat hati tapi memuaskan!

Next Post

Musim terbaru S5! Jom join “Summer Sport Meet” di Super Mecha Champions!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Musim terbaru S5! Jom join “Summer Sport Meet” di Super Mecha Champions!

Musim terbaru S5! Jom join "Summer Sport Meet" di Super Mecha Champions!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd