Senarai anime untuk tahun 2021 memang gempak kerana siri popular seperti My Hero Academia Season 5 dan musim terakhir Fruits Basket dijangka akan tumpuan orang ramai. Tetapi jangan salah sangka! Ramai juga yang tidak sabar untuk menonton anime baru, seperti Godzilla Singular Point, reboot Shaman King dan Edens Zero. Jika kamu keliru untuk tonton mana satu, berikut adalah senarai untuk anime yang paling dinantikan pada tahun 2021!
My Hero Academia (Season 5) – 27 Mac
https://www.youtube.com/watch?v=Q8bmv-14OVI&t=1s
Musim kelima My Hero Academia akan memfokuskan pada latihan dalam sekolah, di mana dua kelas 1-A dan 1-B, akan bertarung antara satu sama lain. Kelas 1-A memiliki banyak pengalaman sebenar dengan penjahat dan dijangka akan muncul sebagai pemenang tetapi Kelas 1-B telah melakukan latihan sendiri untuk memantapkan Quirk mereka. Setelah menemui bekas pengguna One for All di Season 4, Midoriya Izuku menyedari terdapat banyak rahsia tersembunyi tentang Quirk-nya yang perlu dia tahu.
Shaman King – 1 April
https://www.youtube.com/watch?v=gd7boOE2zsc
Reboot Shaman King akhirnya akan ditayangkan pada bulan depan. Siri asli sebenarnya ditayangkan dari tahun 2001-2002 dan mengisahkan Yoh Asakura yang matlamatnya adalah untuk menjadi Shaman King. Ini supaya dia dapat memerintahkan Great Spirit yang akan memberinya kebolehan untuk membentuk dunia seperti mana dia suka. Satu-satunya cara dia dapat menjadi Shaman King adalah dengan menyertai kejohanan bernama Shaman Fight yang berlaku setiap 500 tahun.
Edens Zero – 11 April
https://www.youtube.com/watch?v=R-SVPdno6lU
Mereka yang suka Fairy Tail dan Rave pasti tertarik pada Edens Zero, di mana ia mengisahkan seorang pemuda bernama Shiki. Dia tinggal di atas planet bernama Granbell yang dihuni oleh robot, lalu bertemu dengan seorang gadis muda bernama Rebecca dan teman kucingnya, Happy. Tidak lama kemudian mereka bertiga memulakan perjalanan mencari dewi kepada kosmos, Mother.
Fruits Basket: The Final – 5 April
Peminat pasti akan merasa gembira (atau sedih) untuk musim ketiga dan terakhir anime Fruits Basket. Musim kedua berakhir secara cliffhanger dengan mendedahkan rahsia besar Akito dan membebaskan jampi sumpahan Kureno, lantas membuatkan peminat tertanya jika sumpahan Sohma juga akan dibebaskan sekali. Trailer di atas menunjukkan beberapa adegan beremosi antara Tohru dan Kyo, serta penderitaan Akito ketika dia berjuang untuk menjaga Sohma yang terikat dengan sumpahan zodiak.
Godzilla Singular Point – 25 Mac
Godzilla Singular Point adalah penambahan terbaru dalam francais Godzilla. Penyelidik Mei Kamino dan jurutera Yun Arikawa bertemu selepas mendengar lagu misteri ketika pelbagai raksasa muncul di seluruh dunia. Jet Jaguar, robot yang diilhamkan oleh reka bentuk Ultraman, menampilkan diri dalam trailer bersama dengan Rodan, Hedorah, dan Kumonga – yang menunjukkan bahawa beberapa kaiju popular akan membuat kemunculan. Godzilla nampaknya tidak ada, tetapi kemungkinan besar, akan membuat kemunculan selepas beberapa episod lanjut.
The Slime Diaries: That Time I Got Reincarnated As A Slime – 6 April
https://www.youtube.com/watch?v=0xBvF6gEPJc
Spin-off untuk That Time I Got Reincarnated As A Slime menceritakan kisah seharian Rimuru dan rakan-rakan di hutan Jura yang tidak ditunjukkan dalam siri anime utama. Walaupun peminat mungkin kecewa kerana ini bukan musim baru, “The Slime Diaries” menawarkan beberapa adegan slice-of-life yang lucu dan menghiburkan seperti siri utama.
Tokyo Revengers – 11 April
https://www.youtube.com/watch?v=Fpqd4VEylsg
Tokyo Revengers mengisahkan protagonis, Takemichi Hanagaki, yang kembali ke 12 tahun yang lalu untuk menyelamatkan kekasihnya. Setelah meluangkan masa dengan geng Toman – yang bertanggungjawab atas kematian teman wanitanya pada ketika itu- Hanagaki menyedari bahawa sesuatu telah berlaku sehingga mengubah geng Toman kepada sindiket jenayah pada zaman moden. Kini, ia terserah kepada Hanagaki untuk menyelamatkan bukan sahaja kekasihnya tetapi semua orang yang dia sayangi.
SSSS.Dynazenon – 2 April
Sekuel kepada SSSS. Gridman ini, memperkenalkan sekumpulan watak baru ke universe Gridman. Walaupun dilabel sebagai sekuel, ia bukanlah kesinambungan secara langsung ke SSSS.Gridman dan hanya terletak di alam semesta yang sama. Tidak banyak yang diketahui mengenai jalan cerita tetapi watak-watak seperti Gauma, Yomogi, Yume, Koyomi, dan Chise diperkenalkan dalam trailer. Lima rakan ini bersatu untuk mencari Dynazenon.
How Not To Summon A Demon Lord (Season 2) – 8 April
Musim pertama How Not to Summon a Demon Lord memperkenalkan Takuma Sakamoto yang digelar sebagai “demon lord” kerana sangat handal dalam permainan MMPORG Cross Reverie. Ketika dia dibawa ke dalam dunia permainan itu sendiri, dan mengambil avatar Diablo, Takuma mendapati dirinya terperangkap di antara Elf Shera dan Pantherian Rem yang ingin menghambakannya. Malangnya, ini tidak menjadi kerana mereka yang akhirnya dihambakan oleh Takuma. Musim kedua pula menceritakan pertemuaan Diablo dan Lumachina, seorang High Priest yang dikejar oleh Paladin.
Zombie Land Saga: Revenge – 9 April
Zombie Land Saga menukar konsep “idol” ketika pelajar sekolah menengah, Sakura Minamoto, dibunuh sebelum dia dapat menghantar permohonannya untuk menjadi idol tetapi dihidupkan semula sebagai zombie. Sakura dan enam gadis zombie lain membuat kumpulan rock bernama Franchouchou.
Don’t Toy With Me, Miss Nagatoro – 10 April
https://www.youtube.com/watch?v=5LKED-99tvs
Hayase Nagatoro, salah satu daripada dua watak utama, suka menyeksa dan menggoda senpai-nya yang pendiam dan introvert. Senpai itu tidak tahu mengapa Hayase suka melakukan perkara ini padanya. Adakah dia benar-benar jahat? Adakah dia hanya melakukan ini kerana dia ingin melihat reaksi darinya? Atau mungkin kerana dia suka senpai secara diam-diam?
I’ve Been Killing Slimes For 300 Years And Maxed Out My Level – 10 April
Anime isekai ini mengisahkan seorang pekerja pejabat bernama Azusa Aizawa yang mati kerana terlalu banyak bekerja dan dihidupkan semula sebagai ahli sihir yang hidup abadi. Dia menghabiskan 300 tahun untuk membunuh beberapa slime comel dan mendapati dirinya capai tahap “maksimum” setelah menjadi yang terkuat di dunia. Masalahnya adalah dia hanya ingin menjalani kehidupan yang aman dan sederhana tetapi setelah menjadi tumpuan orang ramai, kehidupan itu mungkin susah untuk dicapai.
To Your Eternity – 12 April
https://www.youtube.com/watch?v=A9uSYPrg18Y
Karya terbaru Yoshitoki Oima, To Your Eternity, adalah siri fantasi tentang perjalanan seorang makhluk kosmik. Makhluk ini, yang hanya dikenali sebagai ‘It’, mendarat di bumi. Pada mulanya, ia adalah bola tetapi kemudian mengambil apa-apa jenis bentuk yang ditemuinya, seperti batu, lumut, atau serigala. ‘It’ bertemu dengan seorang budak lelaki di Kutub Utara yang ingin bersatu kembali dengan orang tersayang. Namun, ketika bencana menimpa, ‘It’ sekarang harus memikirkan cara untuk hidup bersama manusia.
Welcome To Demon School! Iruma-Kun (Season 2) – 17 April
https://www.youtube.com/watch?v=qnk7pqIcu40
Setelah dijadikan anak angkat oleh Sullivan, si syaitan, Iruma terpaksa mendaftarkan diri di Demon School dan memastikan tiada siapa tahu dia adalah manusia. Musim pertama berakhir apabila Iruma mengalami perubahan yang sangat berbeza dalam sebuah ‘cliffhanger’ sehingga ramai yang tidak sabar untuk tayangan musim ke-2.
Itu sahaja untuk anime yang paling dinantikan pada tahun 2021! Mana satu yang anda paling nantikan? Jom kongsi pendapat sekarang di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – AnimeTV
@gamersantaimy
Discussion about this post