Jump Festa 2025 membawa pelbagai berita menarik untuk peminat anime dan manga, dengan pelbagai maklumat baharu, trailer khas, dan visual eksklusif untuk siri-siri popular. Berikut adalah sorotan pengumuman terbesar:
Filem Kompilasi Jujutsu Kaisen dan sambungan “Culling Game Arc“
Sebuah filem kompilasi yang merangkumi arc “Hidden Inventory / Premature Death” daripada musim kedua Jujutsu Kaisen akan ditayangkan di Jepun pada 30 Mei 2025. Arc ini memberi tumpuan kepada zaman sekolah Satoru Gojō dan Suguru Getō serta hubungan mereka sebelum berlakunya perpecahan.
◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) December 21, 2024
劇場版総集編「#懐玉・玉折」
キービジュアル公開
5/30(金)劇場公開決定!!
_____________◢#五条悟 #夏油傑 の
高専時代を描いた物語が
劇場のスクリーンで甦るー。
「#最強の2人 もう戻れない青い春」#呪術廻戦 #JujutsuKaisen pic.twitter.com/EDfP3HZoxW
Selain itu, visual “teaser” baharu untuk Arc Culling Game juga dipamerkan untuk musim baharu. Studio MAPPA akan terus menghasilkan animasi siri ini.
◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) December 21, 2024
続編「#死滅回游」
スーパーティザービジュアル公開
_______________◢
「俺はもう皆と一緒にはいられない」
続編「#死滅回游」鋭意制作中。
今後の続報をお待ちください。#呪術廻戦 #JujutsuKaisen pic.twitter.com/2HakgYxOtk
Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance
Musim kedua Rurouni Kenshin mendedahkan tema pembukaan baharu, “BURN,” oleh yama✕WurtS, yang akan debut bersama cour baharu. Visual Shishio Faction turut diperkenalkan, menggambarkan pertarungan sengit Kenshin menentang Makoto Shishio, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan Meiji.
Kenshin Himura, seorang bekas pembunuh yang dikenali sebagai “Hitokiri Battosai,” telah bersumpah untuk tidak membunuh lagi. Dia mengembara ke Kyoto untuk menghentikan Makoto Shishio, penggantinya yang berhasrat menggulingkan kerajaan Meiji.
《志々雄一派キャスト》
— TVアニメ「るろうに剣心 -明治剣客浪漫譚-」公式 (@ruroken_anime) December 21, 2024
志々雄真実 #古川慎
駒形由美 #戸松遥
瀬田宗次郎 #山下大輝
佐渡島方治 #伊藤健太郎
悠久山安慈 #羽多野渉
魚沼宇水 #諏訪部順一
沢下条張 #岡本信彦
本条鎌足 #村瀬歩
刈羽蝙也 #逢坂良太
才槌 #島田敏
不二 #梶原岳人
夷腕坊 #山崎たくみ#るろうに剣心 #ジャンプフェスタ pic.twitter.com/Xg9wJA1JPo
Witch Watch
Sebuah video promosi mengesahkan bahawa anime Witch Watch akan disiarkan selama dua cour berturut-turut bermula April 2025.
Mengisahkan Morihito Otogi, seorang lelaki dengan kekuatan ogre, dan rakan zaman kecilnya Niko Wakatsuki, yang sedang berlatih untuk menjadi seorang ahli sihir. Sihir Niko sering membawa kepada masalah yang tidak dijangka, dan siri ini meneroka pelbagai telatah fantasi mereka ketika tinggal bersama di bawah satu bumbung.
Episod Khas Undead Unluck
/
— TVアニメ『アンデッドアンラック』公式【2025冬1時間SP制作決定】 (@undeadunluck_an) July 31, 2024
超ティザービジュアル オープン!!💥
\
吹雪の中、突き刺さったサーベルが意味するものは・・・!?
『#アンデッドアンラック』1時間スペシャル
2025年冬展開予定!!
超ティザーPVhttps://t.co/BYeghJwPX6#アンデラ pic.twitter.com/3d0ncRe4aC
Sebuah episod khas Undead Unlcuk berdurasi satu jam akan disiarkan pada musim sejuk 2025. Episod ini memaparkan kisah serba baharu oleh pencipta manga, Yoshifumi Tozuka. Episod khas ini juga memperkenalkan makhluk UMA baharu, “Balance,” yang direka oleh Tozuka.
Kisah asal mengikuti Fuuko Izumo, seorang gadis berusia 18 tahun dengan keupayaan untuk membawa nasib malang kepada sesiapa sahaja yang disentuhnya, dan Andy, seorang lelaki undead dengan kebolehan regenerasi. Mereka bergabung tenaga untuk mengharungi dunia penuh dengan makhluk supernatural dan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Union, yang memburu mereka.
/
— TVアニメ『アンデッドアンラック』公式【2025冬1時間SP制作決定】 (@undeadunluck_an) December 21, 2024
スペシャルアニメ 新情報オープン!!📖
\
1⃣原作者 #戸塚慶文 先生原案オリジナルエピソード登場!!💥
アニメでしか見ることのできないアンディと風子のストーリーが描かれます。
2⃣オリジナルUMA「バランス」登場!!💥
戸塚慶文先生の原案イラストを公開!!
「UMA… pic.twitter.com/mH6rlEJ8bl
Hell’s Paradise: Jigokuraku Season 2
Musim kedua Hell’s Paradise akan ditayangkan pada Januari 2026, meneruskan kisah Gabimaru dan sekutunya ketika mereka menjelajahi pulau misteri Shinsenkyo untuk mencari Elixir of Life.
Sakamoto Days
Video promosi kedua telah mendedahkan lagu tema penutup, “Futsū,” oleh Conton Candy. Lagu ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut menyumbang lagu tema untuk anime.
Kisah ini mengikuti Taro Sakamoto, seorang pembunuh upahan yang pernah digeruni ramai. Namun, dia memutuskan untuk meninggalkan kehidupan jenayah, berkahwin, dan memulakan keluarga. Kini, dia menguruskan sebuah kedai runcit kecil dan menjalani kehidupan yang tenang. Tetapi masa lalunya kembali menghantuinya, dan dia terpaksa menggunakan kemahirannya untuk melindungi orang yang disayanginya dan mengekalkan kehidupannya yang damai.
Gintama Spinoff – 3-Nen Z-Gumi Ginpachi-Sensei
Adaptasi anime untuk 3-Nen Z-Gumi Ginpachi-Sensei, siri novel spinoff oleh Tomohito Ōsaki daripada manga Gintama karya Hideaki Sorachi, akan ditayangkan pada Oktober 2025.
Siri novel spinoff oleh Ōsaki ini berlatar di Gintama High School dan mengisahkan Ginpachi Sakata, walaupun tidak memiliki personaliti atau penampilan yang sesuai untuk tugas tersebut. Siri ini menampilkan ramai watak kegemaran daripada Gintama dalam suasana sekolah menengah.
Spy × Family Season 3
/
— 『SPY×FAMILY(スパイファミリー)』アニメ公式 (@spyfamily_anime) December 21, 2024
TVアニメSeason 3
2025年10月より放送決定🎊✨
嶋田和晃描き下ろし
ジャンフェスお祝いイラスト公開🎨
\
皆様、お待たせしました‼️
いよいよ来年2025年10月、
フォージャー家が帰ってきます🥜
今後の続報にご期待ください🙏#SPY_FAMILY#スパイファミリー pic.twitter.com/TeR4zZgq4m
Musim ketiga Spy × Family akan mula ditayangkan pada Oktober 2025. Acara tersebut memperlihatkan visual baharu oleh pereka watak dan pengarah animasi utama, Kazuaki Shimada.
Siri ini terus mengikuti pengembaraan keluarga Forger: Loid Forger, seorang perisik; Yor Forger, seorang pembunuh upahan; dan anak mereka, Anya, yang memiliki kuasa telepati. Mereka menjalani kehidupan rahsia sambil berpura-pura menjadi sebuah keluarga biasa.
/
— 『SPY×FAMILY(スパイファミリー)』アニメ公式 (@spyfamily_anime) June 9, 2024
TVアニメ『SPY×FAMILY』
Season 3 制作決定🎉✨#嶋田和晃 さん描き下ろし
新ビジュアル公開🎨
\
デザインはアートディレクター
#吉田ユニ さんが担当‼️
イベント配信チケット販売中🔽https://t.co/O8Hi8ROJeQ
※6月16日(日)19:00まで視聴可能#SPY_FAMILY#スパイファミリー pic.twitter.com/Dw32OUliyw
Dan Da Dan Season 2
Sebuah teaser mengesahkan bahawa Dan Da Dan Season 2 akan tayang perdana pada Julai 2025. Musim baharu ini akan memperkenalkan lebih banyak elemen supernatural dan watak-watak baharu, termasuk Jiji dan Evil Eye yang misteri.
Solo Leveling Season 2
Solo Leveling Musim 2: Arise from the Shadow akan debut pada 4 Januari 2025. Sebuah trailer baharu memaparkan lagu tema penutup “UN-APEX” oleh TK dari Ling Tosite Sigure. Musim baharu akan menampilkan pertempuran berisiko tinggi, termasuk konfrontasi dengan musuh-musuh kuat, dan akan menyelami Arc Red Gate dan Arc Demon Castle.
Ranma ½ Season 2
MAPPA mengesahkan dalam sebuah video promosi baharu bahawa anime baharu berdasarkan manga Ranma ½ karya Rumiko Takahashi akan mendapat musim kedua. Pereka watak Hiromi Taniguchi telah melukis ilustrasi untuk meraikan pengumuman ini.
Blue Exorcist: The Blue Night Saga
Anime Blue Exorcist: The Blue Night Saga akan memulakan cour baharu pada 5 Januari 2025. Cour pertama yang bertajuk Blue Exorcist: Beyond the Snow Saga (Ao no Exorcist: Yuki no Hate-hen) mula ditayangkan pada 5 Oktober. Kisah kali ini mengupas peristiwa Blue Night, satu peristiwa di mana Satan merasuki manusia dan mencetuskan kekacauan.
My Hero Academia Season Finale dan Anime Spinoff Vigilantes
僕のヒーローアカデミア
— 僕のヒーローアカデミア/ヒロアカ アニメ公式 (@heroaca_anime) December 22, 2024
FINAL SEASON
2025年秋放送決定!!
My Hero Academia
FINAL SEASON
2025 AUTUMN
https://t.co/38fnMWalOq
#ヒロアカ #heroaca_a pic.twitter.com/V7tB6gzrbz
Musim terakhir My Hero Academia akan ditayabgkan pada musim luruh 2025, mengadaptasi arc Final War dan Epilogue. Musim ini akan meneruskan cerita dari penghujung Musim 7, dengan fokus pada pertempuran akhir menentang para penjahat, termasuk All For One dan Tomura Shigaraki.
Di samping itu, sebuah anime TV berdasarkan manga spinoff My Hero Academia: Vigilantes (Vigilante: Boku no Hero Academia Illegals) karya Hideyuki Furuhashi dan Betten Court akan debut pada April 2025.
Kisahnya berlaku lima tahun sebelum peristiwa siri utama, mengikuti Koichi Haimawari, seorang pemuda yang menggunakan Quirk-nya untuk membantu orang lain walaupun bukan seorang Hero berlesen. Dia menjadi vigilante yang dikenali sebagai The Crawler dan bekerjasama dengan hero tidak berlesen lain untuk melawan jenayah dan melindungi komuniti mereka.
Adaptasi anime ini diuruskan oleh BONES FILM, syarikat baharu yang ditubuhkan oleh Studio Bones.
Chainsaw Man: The Movie – Reze Arc
Filem Chainsaw Man: The Movie – Reze Arc dijadualkan akan keluar pada 2025. Filem ini mengikuti Denji, yang kini menjadi sebahagian daripada pemburu syaitan Special Division 4, ketika dia bertemu dengan Reze, seorang gadis misteri dan menawan yang bekerja di sebuah kafe.
Takopi’s Original Sin
Adaptasi anime daripada manga Takopi’s Original Sin karya Taizan 5 akan dikeluarkan pada 2025.
Cerita ini mengikuti Takopi, makhluk asing dari Happy Planet, yang datang ke Bumi dengan misi untuk menyebarkan kebahagiaan. Dia bertemu dengan Shizuka, seorang gadis muda yang mengalami kemurungan akibat dibuli. Takopi menggunakan teknologi canggihnya untuk cuba membuat Shizuka tersenyum, tetapi usahanya sering membawa kepada akibat yang tidak dijangka.
Kaiju No. 8
◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢
— 怪獣8号【公式】 (@KaijuNo8_O) December 22, 2024
アニメ #怪獣8号
第2期ティザービジュアル解禁
2025年7月より
テレ東系列ほかにて放送開始
◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢◤◢
防衛隊 第1部隊 隊長・鳴海弦。
“最強”の証明。#KaijuNo8 pic.twitter.com/0fAyGjk3rE
Musim 2 Kaiju No. 8 karya Naoya Matsumoto akan debut pada Julai 2025. Musim ini akan meneruskan kisah Kafka Hibino, yang memperoleh keupayaan untuk berubah menjadi kaiju dan menyertai Defense Force untuk melindungi manusia daripada serangan kaiju ganas.
Sebuah filem kompilasi untuk Musim 1, termasuk episod asal baharu bertajuk “Hoshina’s Day Off”, akan ditayangkan di Jepun bermula 28 Mac 2025. Tetapi kami dapat pengesahan bahawa filem ini juga akan ditayangkan di seluruh dunia.
Mission: Yozakura Family
❀┈┈┈┈┈┈┈❀┈┈┈┈┈┈┈❀
— 「夜桜さんちの大作戦」公式@TVアニメ2期制作決定 (@OfficialHitsuji) December 22, 2024
TVアニメ『#夜桜さんちの大作戦』
⠀ 第2期2026年放送決定🔫
❀┈┈┈┈┈┈┈❀┈┈┈┈┈┈┈❀
太陽と夜桜兄妹が描かれた
スーパーティザービジュアル公開🌸#アニメ夜桜さん pic.twitter.com/T0cZ7sU3ql
Musim 2 Mission: Yozakura Family dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2026. Musim ini akan meneruskan kisah Taiyo Asano, seorang pelajar sekolah menengah yang berkahwin dengan Mutsumi Yozakura, yang berasal daripada ahli keluarga perisik hebat.
One Piece
Anime One Piece akan kembali dengan episod baharu pada 6 April 2025. Episod baharu ini akan meneruskan Egghead Arc Part II, yang telah ditangguhkan sejak Oktober 2024. Mereka juga mendedahkan bahawa Subaru Kimura akan menjadi pengisi suara baharu untuk watak Franky, menggantikan Kazuki Yao.
#ジャンプフェスタ 2025、終了!
— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) December 22, 2024
皆さん、ありがとうございました!
ステージで撮影した
ス〜〜〜〜パ〜〜〜〜!!!な
お写真はこちら📸
改めて矢尾さん、約20年にわたり
フランキー役をつとめてくださり、
本当に、ありがとうございました。
昴さん、以後どうぞよろしくお願いします!#ONEPIECE pic.twitter.com/aEQ9x1QXgg
@gamersantaimy
Discussion about this post