Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas temui kejayaan di Steam, Phasmophobia keluarkan update baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2020
in Artikel, Berita, Genre, PC, Seram, Steam
0 0
0
Selepas temui kejayaan di Steam, Phasmophobia keluarkan update baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini baru untuk Phasmophobia kini tersedia, dan Steam telah mengeluarkan patch note penuh tentang perubahan yang dilakukan. Tidak ada apa-apa yang terlalu menarik dalam kemas kini baru, kerana kebanyakannya hanya memberi tumpuan kepada perbaikan bug. Ini akan mengurangkan banyak masalah untuk pemain, dan pengalaman yang lebih lancar sekiranya sambungan terputus. Selepas mengalami lonjakan populariti semasa musim Halloween, nampaknya perubahan ini akan diterima dengan hati terbuka, terutama oleh mereka yang ingin “streaming“. Patch note lengkap boleh didapati di bawah.

A small bug fixing patch is ready to download. Patch notes can be found here: #Phasmophobia https://t.co/Y4owHVoxWS

— Phasmophobia (@PlayPhasmo) November 4, 2020

  • Pembetulan
    • Memperbaiki bug di mana VR Smooth Camera akan bergerak di luar peta semasa anda mati.
    • Memperbaiki bug di mana beberapa bukti seperti Ouija Board tidak berfungsi untuk foto.
    • Perbaikan pada isu crash ketika kembali ke menu utama.
    • Perbaikan untuk save file yang rosak semasa anda crash atau berhenti.
    • Perbaikan untuk Glowstick yang kadang-kadang tidak memberi cahaya.
    • Perbaikan bug di mana beberapa pemain tidak dapat menyambung ke server sejak kemas kini Halloween.
  • Perubahan
    • Menghilangkan kelewatan antara setiap equipment spawn.
    • Mengubah cara server direka semula ketika kembali ke menu utama. Ini sepatutnya menyelesaikan banyak bug dan isu sambungan terputus. Hos sekarang juga akan kekal sama.
    • Memperbaiki bug di mana pemain VR tidak teleport kembali daripada bilik mati.
    • Memperbaiki bug di mana hantu dapat melihat anda melalui pintu Ridgeview.
    • Buang tetapan sensitiviti suara kerana ia merosakkan fitur push to talk.
    • Watak anda tidak akan spawn sehingga anda tersambung ke server atau gagal menyambung.
  • Baru
    • Menambah skrin “connecting to server”.

Dilancarkan pada bulan September, Phasmophobia adalah permainan 4 player co-op survival horror di mana anda bermain sebagai sekumpulan pemburu hantu. Permainan ini mempunyai 12 jenis hantu yang berbeza, dan pemain mesti memdapatkan bukti untuk menentukan hantu mana yang mereka hadapi. Permainan survival horror cenderung untuk berjaya dengan “streamer“, seperti yang berlaku untuk siri The Dark Pictures Anthology. Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa Phasmophobia telah memikat streamer besar seperti Pokimane dan Markiplier. Di bawah adalah pautan ke permainan:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kemas kiniPCPhasmophobiasteamUpdate
Previous Post

Aset terbaru Kingdom Hearts: Melody of Memory mendedahkan King Mickey dan Kairi baru

Next Post

Sampai ingin bunuh diri?! Kajian terkini mendedahkan ramai pelakon suara anime sebenarnya menderita!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sampai ingin bunuh diri?! Kajian terkini mendedahkan ramai pelakon suara anime sebenarnya menderita!

Sampai ingin bunuh diri?! Kajian terkini mendedahkan ramai pelakon suara anime sebenarnya menderita!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd