Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel anime Baki Hanma akan keluar di Netflix pada hujung tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Sekuel anime Baki Hanma akan keluar di Netflix pada hujung tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30 Baki, siri sekuel anime baru Baki Hanma akan hadir secara eksklusif di Netflix! Seperti saya kata tadi, Baki Hanma merupakan sekuel anime dari The Great Raitai Tournament Saga dan akan dilancarkan melalui Netflix pada “Fall 2021”. Selain itu, tarikh pelancaran rasmi masih belum diketahui.

Dua musim pertama siri anime Baki kini tersedia untuk ditonton melalui Netflix. Ini termasuk musim pertama dan kedua anime – The Great Raitai Tournament Saga. Anime terbaru akan datang ini adalah sekuel kepada The Great Raitai Tournament Saga dan mengisahkan konflik antara Baki dan ayahnya. Netflix telah mengeluarkan sinopsis rasmi yang menggambarkan Baki Hanma sebagai “klimaks” kepada siri.

“Kisah ini akhirnya berkembang kepada pertembungan penuh darah antara Baki Hanma dan ayahnya, Yujiro Hanma, yang terkenal sebagai “makhluk terkuat di bumi.” Klimak kepada alam semesta Baki, yang menggambarkan “pergaduhan bapa-anak yang terkuat dalam sejarah dunia” dalam manga asli, telah diadaptasikan kepada anime yang telah lama dinantikan!”

Anda boleh menonton trailer Baki Hanma di bawah:

Laman web rasmi sempena projek ulang tahun ke-30 kini juga telah dikemas kini yang menyenaraikan projek dalam pembikinan untuk menyambut perayaan siri ini. Salah satu projek terdiri daripada pertandingan “fan art”, di mana pemohon boleh menghantar karya mereka secara dalam talian. Satu-satunya syarat adalah mereka mesti mengikuti akaun Twitter rasmi Baki dan menggunakan hashtag tertentu semasa menghantar karya mereka.

Sekali lagi saya ingatkan, anime Baki Hanma akan dilancarkan secara eksklusif melalui Netflix di seluruh dunia pada “Fall 2021”. Untuk segala liputan kami tentang francais Baki, sila tekan pautan ini.

Sumber – Famitsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBakiBaki Hanmanetflixsekuel
Previous Post

Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin kini tiba di PC dan Nintendo Switch

Next Post

Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!

Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd