Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekiro Update Patch Notes 1.03: Mini Boss kena nerf dan digalakkan bervariasi menggunakan Combat Art!

Jangan hanya pukul dan lari sahaja.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Sekiro Update Patch Notes 1.03: Mini Boss kena nerf dan digalakkan bervariasi menggunakan Combat Art!
Share on FacebookShare on Twitter

FromSoftware mengeluarkan update baru untuk Sekiro: Shadows Die Twice dan update ini menggalakan pemain untuk lebih menggunakan Prosthetic Tool mereka kerana kos Spirit Emblem baru yang dikurangkan. Update ini juga akan nerf salah satu daripada boss agresif di dalam game ini. Blazing Bull, seekor musuh yang boleh dijumpai pada awal permainan akan dikurangkan Vitality dan Posture. Ini mungkin kerana sistem pertempurannya yang agresif dan banyak susahkan pemain pada awal permainan.

Butiran terperinci tentang kos Spirit Emblem untuk senjata dan moves tidak diberi, tetapi patch notes ini mungkin memberi cadangan kepada pemain bahawa kos ini diubah agar pemain mempunyai lebih banyak ruang untuk eksperimen bersama senjata berbeza. Kos Spirit Emblem yang dikurangkan ini pasti menggalakkan pelbagai penggunaan senjata yang kreatif tanpa pemain rasa membazir.

Full patch notes untuk update Sekiro: Shadows Die Twice boleh lihat di bawah:

Penambahbaikan kepada Strategi Pertempuran

  • Mengubah kecekapan dan kos Spirit Emblem pada item berikut untuk menggalakkan penggunaan dan kepelbagaian di dalam strategi:
    • Prosthetic Tools: Lazulite Sacred Flame, siri Loaded Axe, Sparking Axe, Lazulite Axe.
    • Combat Arts: Ashina Cross, Dragon Flash, One Mind, Floating Passage, Spiral Cloud Passage, Mortal Draw, Empowered Mortal Draw.
    • Items: Siri Spiritfall.
  • Mengurangkan Posture damage oleh serangan pertama Combat Arts “Senpou Leaping Kicks” dan “High Monk”kerana ia memberi terlalu banyak damage daripada yang diingini. Posture damage pada hujung combo ditambah.
  • Meningkatkan damage Poison oleh Prosthetic Tool “Sabimaru terhadap musuh yang khusus lemah kepada racun.
  • Meningkatkan drop rate “Divine Confetti” untuk Fencer di Ashina Castle.
  • Penambahan pada teks tips dan tutorial di loading screen

Fix lain-lain:

  • Menurunkan sedikit Posture dan Vitality Blazing Bull untuk memperbetulkan rentak permainan dan kadar masa di dalam pertempuran.
  • Menurunkan harga untuk maklumat yang dijual oleh Anayama the Peddler.
  • Chained Ogre di dalam Ashina Castle kini ialah Red Eyed.
  • Membaiki bug di mana “Gokan’s Sugar dan “Gokan’s Spiritfall” tidak mengurangkan Posture damage pemain ketika guard atau deflect serangan musuh.
  • Membaiki bug di mana sistem crash akan menyebabkan save data untuk menjadi corrupt di PC.
  • Membaiki bug di mana beberapa musuh akan berhenti menyerang pemain.
  • Membaiki bug di mana beberapa aksi tidak boleh dilakukan setelah control di-reconfigure.
  • Membaiki bug di mana pemain dibenarkan untuk akses area yang tidak sepatutnya boleh, lalu menyebabkan tidak dapat perolehi beberapa item atau membuat kemajuan di dalam jalan cerita.
  • Membaiki bug di mana beberapa teks tidak dipaparkan dengan betul.
  • Stabiliti ditingkatkan.
  • Prestasi ditingkatkan.
  • Bug fix lain-lain.

Sumber – Sekiro News

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BuffnerfSekiroshadows die twiceUpdate
Previous Post

PUBG Corp. Mengaut Keuntungan sebanyak RM1.2 Billion dan Asia Adalah Penyumbang Terbesar

Next Post

Minecraft Membawakan Kemaskini Terbaru Versi 1.11 dengan “Village & Pillage”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Minecraft Membawakan Kemaskini Terbaru Versi 1.11 dengan “Village & Pillage”

Minecraft Membawakan Kemaskini Terbaru Versi 1.11 dengan "Village & Pillage"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd