Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekiro: Shadows Die Twice menjuarai THE STEAM AWARDS 2019! Berikut adalah senarai penuh pemenang!

Nampak gayanya saya kena khatamkan Sekiro dulu ni.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Acara, Anugerah, ARPG, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Sekiro: Shadows Die Twice menjuarai THE STEAM AWARDS 2019! Berikut adalah senarai penuh pemenang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak 2016, The Steam Awards telah memberi peluang kepada para gamers sekalian untuk mengundi permainan video kegemaran mereka untuk tahun tersebut. Proses yang sama berulang juga untuk The Steam Awards 2019, dan undian komuniti telah dibuat untuk kategori Game of the Year hingga Most Inovative Gameplay. Senarai di bawah pasti dapat menangkap perhatian pemain.

Pemenang terbesar di The Steam Awards 2019 ialah Sekiro: Shadows Die Twice oleh From Software, yang dianugerahkan dengan Game of the Year. Walaupun senarai dipenuhi dengan game hebat seperti Resident Evil 2 Remake dan Star Wars Jedi: Fallen Order, ia tidak mengejutkan untuk melihat Sekiro menjadi juara, memandangkan ia juga memenangi Game of the Year di The Game Awards 2019.Berkenaan dengan “VR Game of the Year“, anugerah ini dimenangi oleh Beat Saber, sementara A Plague Tale: Innocence telah menerima anugerah untuk “Outstanding Story-Rich Game“. Selain itu, My Friend Pedro telah memenangi “Most Innovative Gameplay“, Gris memenangi “Outstanding Visual Style“, dan DayZ mempunyai kehormatan sebagai permainan yang “Better with Friends“.

Terdapat juga beberapa kategori anugerah Steam yang memerlukan sedikit penjelasan. Sebagai contoh, “Labor of Love” adalah kategori khusus untuk permainan video yang masih menerima sokongan bertahun-tahun selepas pelancaran, dan Grand Theft Auto 5 adalah pemenang di sini. “Best Games You Suck At” pula mengiktiraf permainan video yang benar-benar menguji kemahiran pemain, dan dimenangi oleh Mortal Kombat 11.

Sudah tentu, tidak semua peminat akan bersetuju dengan senarai calon dan pemenang, yang anda dapat lihat sepenuhnya di bawah. Hanya ada sesuatu yang jelas: 2019 mempunyai pelbagai permainan video hebat untuk dinikmati. 2020 tetap akan jadi satu tahun yang lebih sibuk dengan macam-macam lagi pelancaran istimewa. Untuk tahu game 2020 manakah yang patut diberi perhatian, anda boleh baca di sini dan sini.

Game of the Year

  • Sekiro: Shadows Die Twice – Pemenang
  • Resident Evil 2
  • Star Wars Jedi: Fallen Order
  • Destiny 2
  • Devil May Cry 5

VR Game of the Year

  • Beat Saber – Pemenang
  • Blade and Sorcery
  • Gorn
  • Borderlands 2 VR
  • Five Nights at Freddy’s: Help Wanted

Labor of Love

  • Grand Theft Auto 5 – WINNER
  • Warframe
  • Rainbow Six: Siege
  • CS:GO
  • Dota 2

Better with Friends

  • DayZ – Pemenang
  • Risk of Rain 2
  • Dota Underlords
  • Age of Empires 2: Definitive Edition
  • Ring of Elysium

Most Innovative Gameplay

  • My Friend Pedro – Pemenang
  • Baba is You
  • Slay the Spire
  • Oxygen Not Included
  • Planet Zoo

Outstanding Story-Rich Game

  • A Plague Tale: Innocence – Pemenang
  • Disco Elysium
  • Far Cry: New Dawn
  • Gears 5
  • Greedfall

Best Game You Suck At

  • Mortal Kombat 11 – Pemenang
  • Mordhau
  • Code Vein
  • Hunt
  • Remnant From The Ashes

Outstanding Visual Style

  • Gris – Pemenang
  • Total War: Three Kingdoms
  • Astroneer
  • Katana Zero
  • Subnautica: Below Zero

Sumber – Steam

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2019PCThe Steam Awards 2019
Previous Post

Demo Leak Final Fantasy 7 Remake mendedahkan PERUBAHAN BESAR dalam jalan cerita!

Next Post

Epic Games Store menghadiahkan TIGA GAME PERCUMA sempena tahun 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Epic Games Store menghadiahkan TIGA GAME PERCUMA sempena tahun 2020!

Epic Games Store menghadiahkan TIGA GAME PERCUMA sempena tahun 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd