Call of Duty: Black Ops 4 yang baru dilancarkan, kini menjadi bahan celaan komuniti peminat mode Zombie dalam game tu. Banyak sangat bug dowh…
Kalau nak compile masalah Zombie mode dia memang banyak, tapi yang kita nak highlightkan kat sini adalah technical issues. Contohnya, korang main selama 2-3 jam nak sampai boss fight, dah sampai game crash. Lepas tu pegi sujud sahwi la jawabnya.
Mende ni terjadi kat Twitch streamer Jaryd “Summit1g” Lazar yang mana dia alami sebijik yang aku cite kat atas. Sorang YouTuber terkenal NoahJ456 pun kena:
Budak-budak Zombie mode dah mula fikir yang mode diorang ni picisan atau sampah-sampah je dalam Black Ops 4. Namun bagaimanapun…
…Treyarch minggu ni baru release satu update yang dikatakan banyak address issue dalam Zombie mode dan gameplay dia. Diorang jugak ada buat statement kat reddit di mana diorang buat sumpah setia untuk support Zombie mode dan bagi kata putus yang peminat Zombie mode sentiasa dalam ingatan diorang.
Treyarch dah tanam satu teknologi dalam update file diorang dimana ianya membolehkan diorang track Zombie mode punya crash dan isolatekan apa puncanya. Dan diorang akan address kan issue-issue ni dalam update-update akan datang.
Zombie Easter Eggs plak ada banyak variable yang complex, dan ini dah bagi team diorang satu cabaran yang sukar untuk reproduce issue dan fix. Lagipun diorang kena test secara keseluruhan dulu sebelum release patch. Ini dijadikan sebab kenapa development patch Zombie mode akan makan masa.
Pihak Treyarch juga berjanji akan berikan lebih info pasal patch release diorang, supaya pemain-pemain tahu apa yang telah di fix. Kan bagus camni, hanya keep the fans informed, at least diorang leh appreciate apa masalah korang.
@gamersantaimy
Discussion about this post