Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seiyuu terhebat Kimetsu no Yaiba akan kumpul di GSC Mid Valley pada Ogos 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Seiyuu, Tempatan
0 0
0
Seiyuu terhebat Kimetsu no Yaiba akan kumpul di GSC Mid Valley pada Ogos 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya ada berita baik untuk semua peminat Kimetsu no Yaiba! Walaupun masih belum ada khabar berita tentang tarikh keluaran filem Kimetsu no Yaiba: Mugen Train di Malaysia, GSC telah mengumumkan bahawa Demon Slayer Party akan hadir tidak lama lagi di pawagam mereka pada bulan Ogos 2020.

Apa itu Demon Slayer Party? Acara ini terdiri daripada “live reading” selama dua jam oleh enam seiyuu daripada siri anime yang memakai kostum watak yang mereka pegang! Tajuk yang mereka akan lakonkan itu ialah “Memoirs Under the Moonlight,” yang berlangsung malam sebelum episod 26 dalam siri anime.

Rumusan: Setelah menamatkan latihan, Tanjiro, Zenitsu, dan Inosuke berehat di Butterfly Mansion dan merenungkan pertempuran masa lalu mereka.

Berikut adalah seiyuu yang terlibat:

  • Natsuki Hanae – Tanjiro Kamado
  • Akari Kitou – Nezuko Kamado
  • Hiro Shimono – Zenitsu Agatsuma
  • Yoshitsugu Matsuoka – Inosuke Hashibara
  • Takahiro Sakurai – Giyuu Tomioka
  • Satoshi Hino – Kyoujurou Rengoku

Bersama live reading di atas, studio ufotable juga akan menampilkan animasi pendek baru yang dibuat khusus untuk acara bertajuk “School Life! A Kimetsu Academy Story.” Dirakam secara langsung, ia adalah siri tiga episod komedi yang menunjukkan apa akan berlaku jika Kimetsu no Yaiba mempunyai latar belakang di sekolah.

https://www.facebook.com/GSCinemas/photos/a.143863272274/10159089260882275/?type=3&__tn__=-R

 

Demon Slayer Party akan ditayangkan di GSC Midvalley pada 1 dan 2 Ogos 2020. Sekiranya ada yang ingin menonton, pastikan diri memakai topeng, selalu membersihkan tangan, dan perhatikan protokol jarak sosial yang betul. Buat masa ini, Kimetsu no Yaiba The Movie: Mugen Train tidak mempunyai tarikh keluaran rasmi tetapi dijangka akan keluar pada tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer PartyGSCKimetsu No YaibaKimetsu no Yaiba: Mugen TrainMalaysia
Previous Post

Ikuti Stage dalam Overwatch Sigma’s Maestro Challenge!

Next Post

Sedia dengan konsep RPG Battle Royale, Akses awal HUNTER’S ARENA: LEGENDS dilancarkan hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Sedia dengan konsep RPG Battle Royale, Akses awal HUNTER’S ARENA: LEGENDS dilancarkan hari ini!

Sedia dengan konsep RPG Battle Royale, Akses awal HUNTER’S ARENA: LEGENDS dilancarkan hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd