PlayStation Store telah memulakan Spring Sale di platform tersebut. Pelbagai game untuk PS5 dan PS4 telah mendapat harga runtuh. SEGA juga memberikan promosi hebat untuk para pengguna PlayStation Store yang dipanggil “SEGA Spring Sale“. Promosi ini berlangsung bermula sekarang, 30 Mac sehinggalah 26 April 2023.

Sega Spring Sale ini menampilkan pelbagai game dalam barisannya, termasuklah Lost Judgment, tajuk terbaru dalam siri Judgment, dan Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown, entri terbaru dalam francais Virtua Fighter yang menyampaikan grafik canggih dan elemen gameplay baharu. Jangan terlepas peluang ini untuk merebut beberapa game yang menakjubkan!

Game popular lain seperti Hatsume miku: Project DIVA Future Tone DX turut mendapat potongan harga sebanyak 50%. Jom kita lihat barisan game SEGA yang tersedia untuk SEGA Spring Sale di PS Store ini!
- LOST JUDGMENT – RM 124.50
- Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown – RM 58.50
- Hatsune Miku: Project DIVA Future Tone DX – RM 121
- Hatsune Miku: Project DIVA X – RM 107.50
- Shenmue 1 & 2 – RM27.20
- Bayonetta & Vanquish 10th Anniversary Bundle – RM 76
- Alien: Isolation – RM 42.25
- Sakura Wars – RM 51.20

Memang jimat habis kalau anda beli melalui promosi ini. Tetapi ada juga game yang hanya mendapat promosi sehingga 12 April 2023 sahaja. Jadi kalau ada game yang anda inginkan, baik pergi ke PS Store sekarang! Untuk mendapatkan liputan promosi yang lain, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post