Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 90,000 akaun smurf Dota 2 kena BAN, Valve janji akan BAN akaun utama jika isu berterusan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2023
in Artikel, Berita, MOBA, PC, Steam
0 0
0
Sebanyak 90,000 akaun smurf Dota 2 kena BAN, Valve janji akan BAN akaun utama jika isu berterusan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan dua hari lepas, Valve telah mengenakan BAN kepada 90,000 akaun smurf Dota 2, dan turut memberi amaran akan memadamkan akaun utama yang berkaitan jika individu itu masih mencipta akaun smurf baru untuk menganggu sistem matchmaking Dota 2.

Kredit: Valve

Dimaklumkan melalui posting di blog rasmi, Valve khususnya menjelaskan bahawa mana-mana akaun utama yang didapati mencipta akaun smurf – iaitu, akaun alternatif yang dibuat oleh pemain veteran untuk membuli pemain baharu – boleh menghadapi “pelbagai tindakan”, termasuk BAN permanen.

Berikut adalah mesej daripada Valve (diterjemahkan dalam Bahasa Melayu):

Kredit: Valve

“Hari ini, kami mengharamkan secara permanen 90,000 akaun smurf yang telah aktif sejak beberapa bulan lalu. Akaun Smurf ialah akaun alternatif yang digunakan oleh pemain untuk mengelakkan bermain di MMR yang betul, untuk meninggalkan permainan, untuk menipu, untuk melakukan kacau, atau menjadi toksik tanpa akibat.”

“Selain itu, kami telah mengesan setiap satu daripada akaun smurf ini kembali ke akaun utamanya. Melangkah ke hadapan, akaun utama yang didapati berkaitan dengan akaun smurf boleh dikenakan pelbagai hukuman, daripada perubahan sementara kepada behavior score hingga ke larangan permanen ke atas akaun.”

“Seperti yang dikatakan pada awal tahun ini dalam blog kami tentang penipuan, dan seperti yang kami katakan pada awal minggu ini dalam Summer Client Update, dan seperti yang kami akan terus katakan: Dota ialah game yang paling seronok apabila dimainkan di tahap yang sama rata. Kualiti orang dalam perlawanan tertentu adalah yang membuatkan perlawanan itu bagus. Kami ingin memastikan perlawanan anda sebagus mungkin, kerana smurfing memburukkan perlawanan.”

Kredit: Valve

Dota 2 merupakan game MOBA yang memerlukan kemahiran tinggi untuk bermain, dan sebagai game berasakan kerjasama pasukan, kemenangan turut ditentukan oleh kualiti rakan sepasukan. Andai kata seorang pemain handal masuk ke dalam perlawanan tahap “newbie”, ia boleh memberi kesan negatif yang besar kepada setiap pemain lain dalam perlawanan itu – dan membuatkan mereka berhenti bermain atau menjadi toksik.

Jadi saya faham mengapa Valve sangat keras ke atas masalah smurfing.


Kredit: Valve

Jika anda terjumpa pemain yang mencurigakan di tahap rendah, Valve menggalakan semua pemain untuk melaporkan individu tersebut. Tindakan seterusnya akan diuruskan oleh Valve.

Dota 2 boleh dimainkan di PC melalui Steam. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2smurf
ShareTweetSend
Previous Post

Fortnite hadirkan mode khas Netflix One Piece – pemain boleh cuba secara percuma!

Next Post

Event Anime, Cosplay & Game yang Akan Berlangsung Sepanjang September 2023 di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Event Anime, Cosplay & Game yang Akan Berlangsung Sepanjang September 2023 di Malaysia!

Event Anime, Cosplay & Game yang Akan Berlangsung Sepanjang September 2023 di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd