Pada tahun 2021, China meletakkan sekatan yang besar ke atas apa-apa aktiviti berkait “gaming” di negara itu dan malah berhenti memberi pelesenan bagi game baharu. Akibatnya, sebanyak 14,000 syarikat yang berkaitan dengan gaming terpaksa menamatkan pendaftaran dan ditutup secara berkesan sejak Julai 2021.

Ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh syarikat gaming China buat masa ini. Secara lebih khusus, kerajaan telah berhenti meluluskan lesen sejak Julai 2021, yang bermakna studio atau syarikat tidak dapat menjual game mereka pada mana-mana platform yang diluluskan di China. Proses ini mengikut kempen meluas negara untuk memerangi ketagihan gaming, sambil memerhatikan kandungan yang tidak patut, seperti lucah dan unsur bertema “LGBTQ”. Akibatnya, sebanyak 14,000 studio dan syarikat berkaitan gaming terpaksa ditutup kerana kekurangan pendapatan.

Menurut temu bual bersama TheGamer, sebuah studio tempatan bernama AZGames menceritakan betapa susahnya untuk mendapatkan kelulusan bagi game mereka, Master of Pottery yang masih belum dianugerahkan lesen sehingga hari ini. Walaupun kriteria untuk mendapatkan kelulusan amat ketat, Master of Pottery sepatutnya boleh memenuhi semua syarat dengan mudah sebab gameplay-nya tentang pembuatan tembikar dan menjalankan pameran. Ia tidak mengandungi apa-apa rujukan kepada keganasan, atau kandungan seksual, dan sepatutnya menjadi platform yang ideal untuk mempamerkan budaya Cina.
Untuk memenuhi syarat, AZGames perlu berulang kali mengubah suai kandungan dan gameplay Master of Pottery sejak September 2020. Akhirnya pada Februari 2021, mereka mendapatkan persetujuan untuk mengeluarkan Master of Pottery di platform mobile. Malangnya, satu masalah yang tidak dijangka sekali lagi menghalang mereka untuk mendapat kelulusan penuh.

Bak kata penerbit mereka, AZGames terpaksa digantung kerana “aktiviti-aktiviti melanggar undang-undang yang tidak dinyatakan”. Disebabkan itu, studio tersebut perlu menyerahkan semula permohonan lesen dan melalui proses rumit yang sama untuk mendapatkan kelulusan oleh beberapa jabatan kawal selia.
Apa pendapat anda tentang kes di atas? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post