Menjadi hero untuk sebuah siri shonen sebenarnya tidak mudah. Pada masa yang sama, tanggungjawab sebagai ibu bapa juga amat sukar. Cubalah anda bayangkan apabila seorang hero harus berusaha menyelamatkan dunia sambil menjaga keluarganya pada masa yang sama. Setiap hero shonen, diwajibkan untuk melawan kuasa jahat, lantas membuatkan mereka sebagai ibu bapa yang kurang ideal. Kekurangan bimbingan dan perhatian kepada anak-anak boleh mendatangkan masalah besar pada masa akan datang, jadi sini saya akan jelaskan beberapa sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak.

Gaya hidup yang penuh risiko

Sekiranya kita melihat setiap hero shonen, kemungkinan besar mereka terlalu sibuk melawan raksasa dan orang jahat atau sedang sibuk berlatih supaya boleh menjadi lebih kuat. Untuk pendekkan cerita, sebenarnya ada terlalu banyak risiko yang berkaitan dengan gaya hidup ini. Jika mereka mempunyai anak, hero-hero ini bukan sahaja dapat mempunyai beban lebih, malah memberi peluang kepada musuh untuk menjadi ahli keluarga sebagai manga tebusan yang berharga.
Seterusnya, anak mungkin tidak beberapa suka pada ibu bapa mereka. Sebagai seorang hero shonen dengan pencapaian yang besar seperti menyelamatkan dunia, watak paling kuat di alam semesta, dan lain-lain, anak terpaksa mengikut jejak langkah ibu bapa walaupun tahu ia hampir mustahil untuk menyaingi pencapaian mereka. Disebabkan itu, anak mereka mungkin menyimpan dendam. Sekiranya dendam dan kebencian anak bertambah kuat, mereka boleh menjadi musuh yang berpotensi bagi hero shonen tersebut. Melawan anak sendiri sudah tentu adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh ibu bapa.
Tiada contoh bimbingan untuk anak-anak

Saya akan mengambil beberapa hero shonen sebagai contoh. Goku dari Dragon Ball sentiasa sibuk melindungi bumi, lantas membuatkannya sentiasa jauh dari ahli keluarga. Selain itu, Goku tidak mempunyai didikan semasa kecil dan ini mempengaruhi tanggungjawab dia semasa dewasa, di mana dia tidak memberi cukup perhatian pada anak-anak.
Satu peristiwa yang peminat paling tahu adalah apabila Goku memaksa Gohan melawan Cell supaya anaknya lebih kuat (sehingga memberi kacang Senzu kepada Cell supaya pertarungan mereka “adil”). Ini hanyalah salah satu contoh di mana Goku gagal membesarkan Gohan dan Goten. Akhir sekali, Chi-Chi terpaksa menangani semua tanggungjawab semasa membesarkan anak-anak mereka.

Di samping itu, Uzumaki Naruto adalah seorang lagi contoh hero shonen yang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada anak. Setelah mencapai impian lamanya untuk menjadi Hokage, tugasan hariannya membuatnya Naruto sentiasa sibuk sehingga tidak boleh meluangkan masa dengan keluarga. Peraka ini juga telah membuatkan anaknya, Boruto, membenci Naruto pada awal cerita.
Contoh seterusnya untuk ayah shonen yang teruk adalah Yoh Asakura dari Shaman King. Dalam usahanya untuk menjadi Shaman King, Yoh mempunyai anak bernama Hana Asakura dengan tunangnya, Anna Kyoyama. Oleh kerana Yoh dan Anna terlalu sibuk menjelajahi dunia untuk menjadi ibu bapa yang baik, Hana diletakkan di bawah jagaan Tamamura Tamao. Apakah hasilnya? Sudah tentulah, Hana membenci ayahnya.

Kebanyakan hero shonen menganggap tanggungjawab mereka sebagai adiwira lebih penting dari kewajiban mereka untuk membesarkan anak-anak. Sudah tentu, menyelamatkan dunia itu penting. Tetapi ada pelbagai cara untuk menjadi contoh yang bagus pada anak-anak. Kalau nak lebih senang, janganlah buat anak langsung sehingga betul-betul pasti dunia aman 100%. Itu sahaja yang saya akan jelaskan tentang sebab-sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak. Apa pendapat anda pula? Jom kongsi bersama saya di ruang komen nanti! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – Forum Crunchyroll
@gamersantaimy
Discussion about this post