Demon Slayer musim kedua sudah ditayangkan di Netflix. Kita juga sudah kenal beberapa watak penting dalam anime tersebut. Tetapi ada watak yang memang berbeza daripada watak lain dari segi pemakaiannya dan breathing style. Dia tidak lain tidak bukan, Inosuke Hashibira, salah satu watak penting dalam Demon Slayer. Walaupun perangainya agak kasar tetapi dia antara watak yang baik dalam anime ini. Inosuke dengan topeng kepala babi itu sungguh unik tetapi anda tahu mengapa dia memakai topeng tersebut? Kalau ada yang ingin tahu, jom saya ceritakan sedikit asal usul topeng tersebut. Ada spoiler sikit di bawah, jadi kalau anda tidak kisah teruskan pembacaan!

Kalau anda ingin tahu, topeng kepala tersebut merupakan kepala babi hutan yang menjaga Inosuke semasa dia kecil dan terpinggir di hutan gunung. Ini kerana ibunya telah menjatuhkannya dari tebing semasa bayi untuk menyelamatkannya daripada Doma, salah seorang pangkat tertinggi dalam Twelve Kizuki. Selepas membunuh ibu Inosuke, Doma menganggap bahawa Inosuke telah terkorban selepas jatuh dari tebing itu lalu pulang ke pengkalannya. Inosuke yang disangkakan mati itu sebenarnya masih selamat dan dibawa arus lalu dijumpai oleh seekor babi hutan. Inosuke akhirnya dibesarkan oleh babi hutan tersebut seperti anak sendiri sehingga akhir hayatnya.

Untuk memperingati haiwan yang membesarkannya, Inosuke telah memakai kepala babi hutan tersebut sebagai topeng kepala. Dia jarang menanggalkan topeng tersebut kerana topeng tersebut seolah-olah menjaganya. Apabila dia, Tanjiro dan Zenitsu berlindung selepas pertempuran pertama mereka, Inosuke telah menanggalkan topeng itu untuk sementara dan memakainya semula apabila dia ingin tidur. Apabila dia bertemu semula dengan Doma dalam Infinity Castle Arc, Inosuke berasa marah apabila Doma mengambil topeng tersebut secara paksa daripadanya.

Seperti yang anda semua tahu, muka Inosuke memang cantik sehingga ramai yang menganggapnya sebagai perempuan lebih-lebih lagi dalam episod 2 dalam Entertainment District Arc. Inosuke nampaknya tidak begitu kisah mengenai wajahnya tetapi penampilannya mungkin menjadi faktor kenapa dia tidak mahu menanggalkan topengnya dalam kebanyakan keadaan. Ada kemungkinan besar juga dia memakai topeng kepala itu untuk menjadi lebih menakutkan, memandangkan dia sudah biasa berada dalam hutan belantara dan melawan haiwan lain.

Jika anda lihat pada gaya pertempuran Inosuke dan juga cara dia berinteraksi, dia nampak hampir sama seperti haiwan liar. Semasa dia bersama Tanjiro dan Zenitsu pada mula-mula, dia sering bergaduh kerana makanan dan tempat tidur. Tetapi lama kelamaan, dia semakin baik kerana kebaikan Tanjiro dan nampak dia agak kecewa apabila dia kelihatan kurang mengancam tanpa topengnya. Ketakutan Zenitsu terhadapnya juga berkurangan selepas melihat betapa cantiknya Inosuke.
Jika anda ingin membaca liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post