Musim ketiga dan terakhir anime Fire Force akhirnya disahkan akan mula tayangan pada 4 April 2025, seperti yang diumumkan dalam trailer terbaru. Video yang dikeluarkan itu turut memperkenalkan lagu tema pembukaan, “High Flame” nyanyian Queen Bee.
Musim ini akan dibahagikan kepada dua bahagian (split-cour), dengan bahagian pertama ditayangkan pada April 2025 dan bahagian kedua menyusul pada Januari 2026.
Musim ketiga ini akan menamatkan adaptasi anime daripada manga karya Atsushi Ohkubo, yang mengisahkan Shinra Kusakabe dan “pasukan bomba” berkuasa api dalam perang menentang fenomena pembakaran manusia secara spontan di Tokyo yang dilanda kekacauan.
Mengikuti terus dari penghujung Season 2 yang tamat pada Disember 2020, musim terakhir ini akan mengadaptasi beberapa bab penting dari manga, termasuk Stigma Arc, Great Cataclysm Arc, dan Epilogue Arc.
Penceritaan ini bakal merungkai asal-usul dunia yang dipenuhi api, hubungan Shinra dengan Adolla Burst, serta pertempuran klimaks menentang Evangelist dan White-Clad. Dengan ancaman Evangelist yang mahu mencetuskan semula Great Cataclysm, kejadian yang pernah menghancurkan dunia 250 tahun lalu, misi pasukan Shinra kini lebih genting dari sebelumnya.

David Production, yang mengendalikan dua musim pertama, kembali sebagai studio animasi untuk Season 3. Tatsuma Minamikawa, pengarah untuk Season 2, juga kembali menerajui musim terakhir ini.
Selepas empat tahun sejak Season 2 berakhir dan manga yang telah tamat pada Februari 2022, peminat telah lama menantikan konklusi anime ini. Kejayaan manga yang mencatat lebih 20 juta salinan terjual setakat Mei 2022 membuktikan popularitinya di peringkat global.
Dengan musim terakhir yang dijangka mengadaptasi bab-bab akhir manga dengan setia, Fire Force bakal menutup kisahnya dengan penuh aksi.

Bersiap sedia untuk musim terakhir yang mendebarkan ketika Fire Force menuju ke klimaks!
@gamersantaimy
Discussion about this post