Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEA Games – Malaysia tambah 2 pingat gangsa melalui PUBG Mobile dan AoV pada hari terakhir

safwan by safwan
May 23, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Acara, Artikel, Battle Royale, Berita, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Mobile Game
0 0
0
SEA Games – Malaysia tambah 2 pingat gangsa melalui PUBG Mobile dan AoV pada hari terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam merupakan hari terakhir SEA Games Hanoi 2021. Banyak perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia termasuk PUBG Mobile dan Arena of Valor yang dapat menyumbang pingat gangsa manakala pasukan League of Legends berakhir pada tempat ke-4.

Pasukan Arena of Valor gagal ke peringkat akhir selepas dikalahkan oleh tuan rumah, Vietnam dengan skor 3-0. Walaupun dikalahkan oleh Vietnam, mereka tetap raih pingat gangsa untuk negara. Ini merupakan pingat kedua dalam acara esports di SEA Games selepas pasukan FIFA Online 4 telah membawa pulang pingat gangsa pada minggu lepas.

Selepas bertungkus lumus selama tiga hari, pasukan PUBG Mobile berjaya bawa pulang pingat gangsa apabila pasukan Malaysia 1 menjadi pasukan tiga terbaik. Kita boleh lihat yang perlawanan PUBG Mobile sangat sengit apabila pasukan Malaysia 1 berjaya mendapatkan Chicken Dinner berturut-turut dalam pusingan 14 dan 15 dan berjaya melepasi Myanmar dengan perbezaan satu mata.

Dalam acara PUBG Mobile ini, kita boleh nampak yang Indonesia dan Vietnam mendominasi acara ini dalam kategori solo dan berkumpulan. Dalam kategori Solo, Vietnam membawa pulang emas manakala Indonesia membawa pulang perak. Bagi kategori berkumpulan, Indonesia 2 mendapat pingat emas dan Vietnam 1 mendapat pingat perak.

Selain itu, pasukan League of Legends telah dikalahkan oleh pasukan Singapura dengan skor 3-1, sekali gus gagal membawa pulang pingat gangsa untuk negara dan berakhir pada kedudukan ke-4. Dalam acara ini, kita boleh pasukan tuan rumah, Vietnam yang mendominasi acara ini tanpa kalah dan memenangi pingat emas.

Berikut adalah keputusan penuh bagi SEA Games kali ini:

[wpdatatable id=99]

Walau apa pun keputusan yang dapat bagi setiap acara, pemain telah bertungkus lumus untuk mencuba sehabis baik dan menyumbang pingat untuk negara tercinta Malaysia. Dengan SEA Games Hanoi 2021 telah berakhir, kami mengucapkan tahniah kepada semua pasukan dan majulah e-sports untuk Negara! Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang e-sport, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: arena of valorLeague of legendspubg mobile
Previous Post

Giveaway Jurassic World Dominion – Komen untuk memenangi pelbagai barangan premium!

Next Post

Narrator Dark Souls sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Narrator Dark Souls sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia!

Narrator Dark Souls sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd