Baru-baru ini, Bandai Namco telah mengumumkan bahawa SD Shin Kamen Rider Rumble, sebuah “side-scrolling beat ’em up” akan dilancarkan untuk Switch dan PC melalui Steam pada 27 April.
Berikut adalah pernyataan daripada Bandai Namco:
Filem akan datang, Shin Kamen Rider, akan dijadikan game beat ’em up/hack and slash. Pertarungan gila antara Kamen Rider dan SHOCKER kini akan dipaparkan dalam gaya visual SD, dengan pelbagai jenis sistem kuasa yang menunggu untuk pemain mengalaminya. Kami berharap pemain akan dapat menikmati adegan pertarungan di mana mereka dapat menewaskan musuh dalam sekelip mata dengan build terakhir mereka sendiri.
Bolehkah anda bertarung dengan Kamen Rider untuk memastikan manusia kekal sebagai manusia? Cari jawapan anda dalam SD Shin Kamen Rider Rumble!

Daripada visual, ini adalah game “tanpa stres” di mana pemain perlu menewaskan musuh demi musuh hingga tiba di penamat. Secara total, ada enam kelas SHOCKER di level biasa. Di penghujung level, pemain harus menentang seorang musuh SHOCKER “hebat”, yang menanti anda sebagai bos/min-bos.
Pemain mungkin menghadapi kekalahan dalam permainan, tetapi item yang dikumpul akan menguatkan Kamen Rider dan Cyclone. Jika pemain dapat mengukuhkan Cyclone, mereka boleh melangkau stage yang telah mereka selesaikan dan mendapatkan item yang diperkuat untuk mara dalam pertempuran.

Secara keseluruhan, begitulah gameplay-nya.
Filem, Shin Kamen Rider, bakal dikeluarkan di Jepun pada Mac 2023. Dicipta sempena ulang tahun ke-50 Kamen Rider, filem ini dihasilkan sebagai penghormatan untuk siri original. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Hideaki Anno, yang telah mencipta beberapa hits blockbuster termasuk Neon Genesis Evangelion, Shin Godzilla, Shin Ultraman dan banyak lagi.
Watak utama, Takeshi Hongo/Kamen Rider, dilakonkan oleh Sosuke Ikematsu manakala heroin, Ruriko Midorikawa, dilakonkan oleh Minami Hamabe. Selain itu, Hayato Ichimonji/Kamen Rider No. 2 dilakonkan oleh Tasuku Emoto.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Kamen Rider, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post