Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Satu lagi berita gempar! Pengeluaran Death Stranding di PC pula ditangguhkan!

Lagi satu~

Nyny.A by Nyny.A
April 21, 2020
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Satu lagi berita gempar! Pengeluaran Death Stranding di PC pula ditangguhkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita sedih pada pemain PC yang menantikan kehadiran permainan popular dari Kojima Production iaitu Death Stranding! Kojima Production dan 505 Games sebentar tadi telah memaklumkan bahawa tarikh pelancaran permainan AAA mereka dalam versi PC akan ditangguhkan pengeluarannya.

Kali terakhir kami ada menyatakan bahawa permainan ini dijadualkan akan hadir di PC pada 3 Jun 2020 nampaknya akan ditangguhkan sehingga 14 Julai 2020. Berita baiknya adalah ia membolehkan pasukan untuk menggilap permainan pengembaraan yang dibintangi Norman Reedus dengan lebih lagi.

Following the temporary closure of KOJIMA PRODUCTIONS, we have had to delay the PC launch of DEATH STRANDING to July 14, 2020, to allow more development time amidst the current work-from-home orders in place. Thank you all for your patience and continued support!#keeponkeepingon pic.twitter.com/euOmebcdQj

— KOJIMA PRODUCTIONS (Eng) (@KojiPro2015_EN) April 21, 2020

Menurut pengumuman ini, mereka kini dalam dilema untuk keputusan ini, tetapi ini adalah untuk para pekerja mereka yang kini berhimpas pulas untuk menyelesaikan permainan ini dalam versi PC melalui kerja dari rumah. Seperti yang semua tahu, banyak negara yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak virus yang membawa maut iaitu COVID-19.

Death Stranding dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 8 November tahun lalu dan melakukan debut di tangga kedua di UK Charts, menjadi pelancaran kedua terbesar untuk konsol Sony setakat tahun ini. Anda boleh baca ulasan kami untuk Death Stranding di PS4 sebelum ini juga.

Selama sebulan yang lalu, beberapa judul permainan turut ditangguhkan kerana COVID-19, termasuk The Last of Us Part II dan Dying Lights 2. Semua ini berpunca dari kesan COVID-19 yang mengakibatkan kesihatan ramai pekerja pembangunan permainan dan ramai lagi. Jadi ini adalah satu keputusan yang bernas juga dari Kojima Production bagi menangguhkan pengeluaran ini. Apa-apapun harap peminat bersabar untuk penangguhan ini okay!

DAPATKAN di STEAM!
DAPATKAN di Epic Game Store!
Beli versi PS4 disini!
Death Stranding
Publisher: 505 Games, Sony Interactive Entertainment
Developer: Kojima Productions
Release Date: 2019-11-08
Microsoft Windows, PlayStation 4
Death Stranding adalah permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Kojima Productions. Ia adalah permainan pertama dari pengarah Hideo Kojima dan Kojima Productions selepas pembubaran mereka dari Konami pada tahun 2015. Ia dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4 pada November 2019 dan dikeluarkan oleh 505 Games pada Microsoft Windows pada bulan 14 Julai 2020.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 Gamesdeath strandingDeath Stranding PC ditangguhkanKOJIMA PRODUCTION
Previous Post

Sticker FINAL FANTASY VII REMAKE dah ada kat LINE Jepun lah!

Next Post

Penjualan FINAL FANTASY VII REMAKE mencecah 3.5 Juta di seluruh dunia dalam 3 hari!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Penjualan FINAL FANTASY VII REMAKE mencecah 3.5 Juta di seluruh dunia dalam 3 hari!

Penjualan FINAL FANTASY VII REMAKE mencecah 3.5 Juta di seluruh dunia dalam 3 hari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd