Sebuah game action bertemakan samurai akan dilepaskan tidak lama lagi! Game yang kami maksudkan ialah Samurai Maiden yang dibangunkan oleh Shade Inc dan diterbitkan oleh D3PUBLISHER. Ianya akan tersedia pada 8 Disember ini untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Anda akan mengikuti seorang pelajar sekolah menengah, Tsumugi Tamaori, bersama-sama kawan barunya dan menggunakan kemahiran pedangnya untuk mengalahkan undead jahat yang telah mengepung Honnoji Temple.

Samurai Maiden versi sudah tersedia untuk pra-tempah di PlayStation Store dan Nintendo Switch untuk dua edisi. Anda boleh lihat harga edisi di bawah.
- Standard Edition : RM 249
- Game Samurai Maiden (PS4 & PS5)
- Kostum: Oda Clan Outfit
- Kosum: Uniform
- Digital Deluxe Edition : RM 310
- Game Samurai Maiden (PS4 & PS5)
- Samurai Maiden Deluxe Bundle
- Kostum: Oda Clan Outfit
- Kostum: Uniform
- Kostum: Shogunate Outfit
- Kostum: Onmyoji Dress
Tentang Samurai Maiden
Pemain akan mengikuti kisah yang berpusat kepada Tsumugi Tamaori, yang telah dihantar ke zaman Sengoku semasa tidur dan kini berada di Honnoji Temple yang membara.
Bersama tokoh sejarah, Nobunaga Oda dan tiga rakan ninja baru, Tsumugi dan pasukannya berlumba melalui Underworld untuk mengalahkan sekumpulan undead dengan ilum pedang yang kuat dan kebolehan mistik.

Dengan menggunakan serangan gabungan yang bergaya dan balasan yang kuat, Tsumugi dilengkapi dengan baik untuk membunuh zombi serta bos yang susah, Di samping, rakan ninjanya yang mempunyai banyak ragam dan menjalinkan ikatan baru dalam proses itu.
Kumpulan ini juga boleh membuka kebolehan istimewa menggunakan “Gokage System,” yang membolehkan kombinasi pantas gaya pedang Tsumugi dan ninjutsu hebat Gokage. Daripada pelbagai jenis serangan, pemain boleh manfaatkannya semasa mengharungi musuh. Apabila aksi menjadi sukar, aktifkan sahaja teknik “Devoted Heart” untuk meningkatkan kebolehan mereka. Adakah mereka dapat menulis semula sejarah?

Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mengetahui maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post