Pada hujung minggu lalu, arwah ibu kepada pemain profesional Todak MLBB Ahmad Ali Huzaifi Abdullah atau IGN-nya Leixia telah kembali ke rahmatullah.
Menurut WTM, arwah ibu telah disahkan menghidap penyakit kanser rahim tahap empat dan semasa berhubung, Leixia pada ketika itu sedang melakukan pengurusan jenazah arwah ibunya. Pada hari semalam, RSG Malaysia juga mengongsikan berita sedih ini di halaman Facebook dan Instagram mereka.

Jadi kami berhenti seketika di sini dan minta semua pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ibu Ahmad Ali Huzaifi Abdullah. Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Bagi mereka yang tidak tahu, Leixia merupakan pemain profesional yang handal dalam posisi Jungler di pasukan Todak MLBB. Selain dari menjuarai MPL MY S7 bersama dengan RSG, Leixia juga pernah menjadi wakil atlet negara untuk SEA Games 2019 di kategori e-Sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Dikenali sebagai anak penyayang, ramai tahu bahawa Leixia sangat mengutamakan arwah ibunya dan dia pun tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang ini di khalayak orang ramai. Menggunakan setiap peluang dan ruang sedia ada, dia berusaha sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan kepada arwah ibu. Harap semua anak muda boleh contohi kesungguhan ini kerana siapalah diri ini tanpa ibu bapa kita.
Semoga Leixia tabahkan diri dan sentiasa kuat menghadapi dugaan. Salam takziah daripada kami di Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post