The King of Fighters ialah salah satu francais permainan pertempuran gaya arked klasik. Walaupun ia tidak begitu terkenal seperti Street Fighter dan Mortal Kombat, ia masih lagi salah satu francais yang berjaya dalam genre itu. Kini, ramai peminat yang ternanti-nantikan pelancaran The King of Fighters XV pada konsol dan PC. Game ini akan dilancarkan pada 17 Februari ini dengan preload tersedia awal dua hari iaitu 15 Februari 2022. Tetapi pemain mungkin memerlukan ruang tambahan kerana dikatakan saiz failnya boleh tahan besar.
Menurut Twitter PlayStation Game Size, The King of Fighters XV akan datang ke PS5 dengan saiz muat turun 68 GB. Tetapi ia juga mengatakan bahawa 68 GB tersebut tidak termasuk dengan patch hari pertama game itu dilancarkan. Jadi, berkemungkinan besar saiz tersebut berbeza pada platform lain seperti PC dan Xbox Series X|S.
Setakat 68 GB itu, ia mungkin tidak jadi masalah kepada pemain lain memandangkan Destiny 2 juga sebesar 105 GB. Marvel’s Avengers juga bersaiz 75 GB lebih besar berbanding KOFXV. Tetapi kedua-dua game ini bukanlah game fighting game 1v1. Mortal Kombat 11 yang dilancarkan pada 2019 juga hanya bersaiz 43 GB manakala Guilty Gear lebih kecil dengan saiz 16 GB sahaja. Tetapi memandangkan KOFXV mempunyai roster watak yang lebih ramai, memang tidak peliklah apabila saiznya agak besar. Tambahan pula kesemua watak mempunyai suara, animasi serta efek mereka tersendiri.

Ada juga kemungkinan bahawa The King of Fighters XV tidak dioptimumkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi game fighting tidak memakan ruang yang besar selalunya. Harap-harap patch pertama yang dilepaskan nanti dapat mengurangkannya. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai KOF XV, anda boleh klik pada pautan ini.
Sumber: Gamerant

@gamersantaimy
Discussion about this post