Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sailor Moon Cosmos akan datang pada tahun 2023, terbahagi kepada dua filem!

Maira by Maira
April 29, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Sailor Moon Cosmos akan datang pada tahun 2023, terbahagi kepada dua filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengembaraan Usagi nampaknya tidak berakhir kerana filem terbaru daripada francais popular, Pretty Guardian Sailor Moon akan mendapat filem terbaru pada tahun 2023. Filem Sailor Moon Cosmos akan mempunyai dua bahagian dan dijadualkan untuk tayangan pada musim panas 2023 di Jepun. Visual utama filem juga telah didedahkan bersama-sama trailer teaser rasmi berdurasi 45 saat.

Untuk pengetahuan anda, filem Sailor Moon Cosmos ini akan mengadaptasi bahagian terakhir daripada manga oleh Takeuchi Naoko. Ia juga merupakan salah satu remake kepada siri anime yang lama.

Filem Pretty Guardian Sailor Moon Cosmos akan diarahkan oleh Tomoya Takahashi (penyelia animasi in-betweenHitoribocchi no Marumamaruseikatsu). Kazuyuki Fudeyasu (In the Land of Leadale) akan menulis skrip dan Kazuko Tadano (Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie) pula mengendalikan reka bentuk watak filem tersebut. Yumiko Kuga (Deaimon: Recipe for Happiness) dari Studio Jack ialah pengarah seni dan Yasuharu Takanashi (Bucchigire!) akan menarang skor muzik. Toei Animation dan Studio DEEN pula bertanggungjawab atas pengeluaran animasi untuk kedua-dua filem Sailor Moon Cosmos.

Filem sebelum ini, Pretty Guardian Sailor Moon Eternal telah mendapat tayangan secara global melalui Netflix pada Jun yang lalu. Filem ini mengadaptasi “Dream Arc” daripada manga. Mangaka, Naoko Takeuchi juga turut serta dalam penghasilan filem sebagai ketua penyelia untuk filem tersebut. Berkemungkinan besar untuk filem baru ini, ia akan ditayangkan pada Netflix selepas tayangan di Jepun.

Berikut adalah sinopsis filem Sailor Moon Eternal di Netflix:

Pengembaraan yang berlaku pada bulan April, ketika bunga sakura sedang mekar dan Tokyo dalam suasana meriah kerana meraikan Total Solar Eclipse terbesar abad ini. Ketika bulan baru mengaburi cahaya matahari dan secara perlahan-lahan meredupkan cahaya, Usagi dan Chibi-Usa menemui Pegasus, yang sedang mencari Gadis pilihan untuk memecahkan pelindung Golden Crystal. Sementara itu, rombongan misteri yang digelar DeadMoonCircus muncul di bandar, yang mempunyai rancangan jahat untuk menyebarkan jelmaan mimpi buruk yang dikenali sebagai Lemures, merebut ‘Legendary Silver Crystal,’memerintah bulan dan bumi, dan akhirnya menguasai seluruh alam semesta …

Sumber: Twitter rasmi filem Sailor Moon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemPretty Guardian Sailor Moon Cosmos
Previous Post

Disebabkan permintaan tinggi, Bandai Spirits bina kilang Gunpla baharu

Next Post

10 babak anime yang mempunyai kualiti animasi yang teruk

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
10 babak anime yang mempunyai  kualiti animasi yang teruk

10 babak anime yang mempunyai kualiti animasi yang teruk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd