Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!

safwan by safwan
June 20, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Mobile Game
0 0
0
RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam telah berlangsungnya peringkat Final bagi kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2022 aka MSC yang menampilkan perlawanan antara RSG PH dan RRQ Hoshi di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Korang boleh tonton perlawanan akhir di Facebook Mobile Legends.

Dalam peringkat Final, kita dapat lihat bahawa RSG PH mendominasi perlawanan tersebut dengan jumlah skor 4 berbalas 0 kepada RRG Hoshi sekali gus muncul sebagai juara MSC 2022. Bukan setakat itu sahaja, pemain dari RSG, Emann telah dianugerahkan Most Valuable Player (MVP) dalam kejohanan tersebut.

Dengan kejayaan yang diperoleh oleh pasukan RSG PH, ini merupakan kali ketiga untuk pasukan daripada Filipina muncul juara dalam kejohanan MCS. Sebelum ini, Bren Esports telah memenangi kejohanan MSC pada tahun 2018 manakala Execration pada 2021.

Pasukan Malaysia telah tersingkir di peringkat Lower Bracket Quarter Final di mana pasukan Todak dikalahkan oleh Falcon Esports dengan skor 3 berbalas 1 manakala Orange Esports pula memberikan perlawanan sengit kepada Omega Esports dengan skor 3:2. Malangnya Omega Esports mempunyai kelebihan pada pusingan akhir dan mara ke peringkat Lower Bracket Semi-Final. Kedua-dua pasukan Malaysia mengakhiri kejohanan tersebut dengan mendapat kedudukan 5 dan 6.

Untuk pengetahuan korang, kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2022 telah diadakan selama 9 hari bermula pada 11 Jun hingga 19 Jun di MITEC, Kuala Lumpur. Sebanyak 12 pasukan yang menyertai kejohanan ini termasuk pasukan TODAK dan Orange Esports dari Malaysia.

Selain itu, Moonton juga mengumumkan kejohanan M4 World Championship akan diadakan pada 1 hingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai lokasi, arena kejohanan dan negara yang menyertai, mereka akan kongsikan tentangnya pada masa akan datang.

RSG PH MSC 2022

Kami ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan tahniah kepada pasukan RSG PH yang telah muncul sebagai juara MSC 2022. Kepada pasukan Malaysia pula, teruskan usaha anda untuk melakar nama Malaysia di mata dunia pada masa akan datang. Majulah Esukan untuk negara. Ikuti Gamer santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MSC 2022Orange EsportsRSG PHTodak MLBB
Previous Post

One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

Next Post

RB Wolf Games dari Malaysia umum Once Again, game ‘interactive story’ untuk Steam

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
RB Wolf Games dari Malaysia umum Once Again, game ‘interactive story’ untuk Steam

RB Wolf Games dari Malaysia umum Once Again, game 'interactive story' untuk Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd