Penerbit Warner Bros Games dan pemaju serta penerbit bersama NetherRealm Studios telah mengumumkan Mortal Kombat: Onslaught, sebuah “collection RPG” yang akan dikeluarkan untuk platform iOS dan Android pada tahun 2023.

Berikut ialah gambaran keseluruhan game, menurut Warner Bros. Games:
MK: Onslaught menampilkan pengalaman cerita sinematik eksklusif mobile yang pertama untuk francais, di mana pemain mesti membina pasukan pahlawan daripada senarai watak yang luas—dan melancarkan mereka dalam pertempuran kumpulan real-time untuk menghentikan ancaman gelap dan berbahaya daripada mendatangkan malapetaka di seluruh alam.
Judul ini akan menjadi entri mobile terbaharu untuk francais Mortal Kombat sejak keluaran Mortal Kombat Mobile, yang telah mengumpulkan lebih daripada 150 juta muat turun dan merupakan salah satu daripada lima fighting game yang paling banyak dimuat turun pada iOS dan Android.
“Mortal Kombat adalah francais legenda dan fenomena budaya pop, dan akan terus melibatkan pemain dan memajukan genre ‘fighting’ merentasi pelbagai platform.
“Mortal Kombat: Onslaught adalah bukti mengapa Mortal Kombat menjadi antara francais game terbaik selama lebih 30 tahun, kerana pasukan NetherRealm terus berinovasi dan membawa gameplay baharu kepada peminat.”
kata presiden Warner Bros. Games, David Haddad dalam kenyataan akhbar.
Ketua pegawai kreatif NetherRealm Studios Ed Boon menambah:
“Kami menolak sempadan Mortal Kombat untuk membolehkan pemain mengalami francais dalam cara baharu, sambil tetap berpegang teguh pada sifat terasnya yang mendalam.”
“Dengan Mortal Kombat: Onslaught, kami membayangkan Mortal Kombat ke dalam collection RPG koleksi berasaskan pasukan strategik dengan pertempuran jarak dekat pantas yang boleh dinikmati oleh peminat baharu dan sedia ada.”
Buat masa ini, ini sahaja info yang kami tahu tentang Mortal Kombat: Onslaught. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web teaser di SINI.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Mortal Kombat, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post