Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition kini tersedia di Malaysia, berharga RM4999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition kini tersedia di Malaysia, berharga RM4999!
Share on FacebookShare on Twitter

Republic of Gamers (ROG) dan Blizzard Entertainment hari ini mengumumkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, smartphone edisi terhad bagi salah satu game mobile paling intensif di dunia, secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia pada nilai harga RM4999! Dengan reka bentuk bertemakan Diablo dan pelbagai aksesori eksklusif, mari kita lihat butiran lanjut.

Reka bentuk tema Diablo eksklusif

ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition menampilkan butiran berdasarkan francais Diablo, termasuk visual raksasa mengerikan di belakang. Pada masa yang sama, telefon ini mempunyai efek nyalaan api di sisi di mana kecerahannya akan berubah mengikut sudut tontonan. Logo bercahaya Aura RGB pula ialah imej bagi logo game.

Bukan setakat di luar sahaja, Diablo Immortal turut menghiasi bahagian user interface, dengan live wallpaper bertema, ikon, animasi, efek bunyi dan banyak lagi.

Apabila telefon sedang dicas, terdapat bunyi dan animasi eksklusif bertemakan Diablo.

Aksesori Diablo Immortal Unik

Set aksesori merupakan highlight unundoable Immortal Edition. Sekilas pandang, and boleh lihat bahawa reka bentuk diilhamkan oleh Horadric Cube ( item in-game yang boleh mengubah apa sahaja yang diletakkan di dalamnya).

Telefon itu sendiri disimpan dalam kotak yang dimodelkan Worldstone dan disertakan dengan skrol peta yang menggambarkan dunia Sanctuary. Peta ini menampilkan tanda tersembunyi yang boleh didedahkan menggunakan Fahir’s Light (juga berada dalam bundle sekali.)

Seterusnya ialah Shield Blessing Aero Case, sebuah casing dengan visual geometri “teleport”, yang juga boleh bersinar apabila terkena cahaya Fahir’s Light.

Malah jarum mengeluarkan SIM turut direka sepenuhnya seperti Diablo Immortal.

Spec dalaman

Secara dalaman, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition adalah sama dengan ROG Phone 6, yang dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform dengan RAM 16GB LPDDR5 dan 512GB UFS3.1 ROM. Dengan sistem penyejukan berteknologi tinggi; bateri berkuasa untuk sesi gameplay yang lama dan AirTrigger 6 untuk pengalaman ala konsol, smartphone ini bersedia untuk sebarang tugas.

AeroActive Cooler 6

Bukan itu sahaja, aksesori AeroActive Cooler 6 untuk siri ROG Phone 5/5s akhirnya juga tiba di Malaysia! Ini merupakan cooler direka khusus dengan penyambung USB-C. Dengan penyejuk termoelektrik berkuasa AI, dan kipas yang menyejukkan aliran udara di penutup belakang ROG Phone 5/5s, permukaan suhu boleh turun sehingga 20°C.

Di samping meningkatkan prestasi, AeroActive Cooler 6 dilengkapi dengan empat butang fizikal untuk pengalaman gaming ala konsol. Akhir sekali, terdapat pencahayaan Aura RGB pada logo dan dua sisi AeroActive Cooler 6, serta kickstand tersembunyi untuk menyokong ROG Phone 5/5s anda.


Harga dan ketersediaan

ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition (16GB+512GB) dan AeroActive Cooler 6 untuk ROG Phone 5/5s kini boleh didapati di Malaysia di pengedar yang sah, dalam kuantiti terhad.

Buat mereka yang berminat, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition berharga RM4,999, dengan waranti lanjutan selama setahun di mana 50 pembelian pertama juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM100. Manakala AeroActive Cooler 6 untuk ROG Phone 5/5s berharga RM349.

Untuk maklumat lanjut tentang ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, sila layari laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalROG Phone 6ROG Phone 6 Diablo Immortal EditionSmartphone
Previous Post

One Punch Man [SPOILER] dedahkan rahsia disebalik kuasa Saitama!

Next Post

Netflix Akan Hentikan “Perkongsian Kata Laluan” Pada 2023, Bermula Dengan Negara AS

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Netflix Akan Hentikan “Perkongsian Kata Laluan” Pada 2023, Bermula Dengan Negara AS

Netflix Akan Hentikan "Perkongsian Kata Laluan" Pada 2023, Bermula Dengan Negara AS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd