Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG & Blizzard mengumumkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
ROG & Blizzard mengumumkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Republic of Gamers (ROG) dan Blizzard Entertainment hari ini mengumumkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, smartphone edisi terhad bagi salah satu game mobile paling intensif di dunia. Dengan reka bentuk bertemakan Diablo dan pelbagai aksesori eksklusif, mari kita lihat butiran lanjut.

Reka bentuk tema Diablo eksklusif

ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition menampilkan butiran berdasarkan francais Diablo, termasuk visual raksasa mengerikan di belakang. Pada masa yang sama, telefon ini mempunyai efek nyalaan api di sisi di mana kecerahannya akan berubah mengikut sudut tontonan. Logo bercahaya Aura RGB pula ialah imej bagi logo game.

Bukan setakat di luar sahaja, Diablo Immortal turut menghiasi bahagian user interface, dengan live wallpaper bertema, ikon, animasi, efek bunyi dan banyak lagi.

Apabila telefon sedang dicas, terdapat bunyi dan animasi eksklusif bertemakan Diablo.

Aksesori Diablo Immortal Unik

Set aksesori merupakan highlight unundoable Immortal Edition. Sekilas pandang, and boleh lihat bahawa reka bentuk diilhamkan oleh Horadric Cube ( item in-game yang boleh mengubah apa sahaja yang diletakkan di dalamnya).

Telefon itu sendiri disimpan dalam kotak yang dimodelkan Worldstone dan disertakan dengan skrol peta yang menggambarkan dunia Sanctuary. Peta ini menampilkan tanda tersembunyi yang boleh didedahkan menggunakan Fahir’s Light (juga berada dalam bundle sekali.)

Seterusnya ialah Shield Blessing Aero Case, sebuah casing dengan visual geometri “teleport”, yang juga boleh bersinar apabila terkena cahaya Fahir’s Light.

Malah jarum mengeluarkan SIM turut direka sepenuhnya seperti Diablo Immortal.

Spec dalaman

Secara dalaman, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition adalah sama dengan ROG Phone 6, yang dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform dengan RAM 16GB LPDDR5 dan 512GB UFS3.1 ROM. Dengan sistem penyejukan berteknologi tinggi; bateri berkuasa untuk sesi gameplay yang lama dan AirTrigger 6 untuk pengalaman ala konsol, smartphone ini bersedia untuk sebarang tugas.


Malangnya, saya tidak pasti jika ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition akan dijual di Malaysia atau tidak. Buat masa ini, kita hanya boleh tunggu berita lanjut oleh ROG.

Untuk maklumat lanjut tentang ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, sila layari laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalROG Phone 6ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition
Previous Post

Just Dance 2023 — Ketahui Proses Pembikinan Game Daripada A Sehingga Z!

Next Post

SEGA Black Friday Sale 2022 Bermula! Dapatkan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
SEGA Black Friday Sale 2022 Bermula! Dapatkan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

SEGA Black Friday Sale 2022 Bermula! Dapatkan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd