Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk
Share on FacebookShare on Twitter

Hari baru, kontroversi baru. Kini, ramai gamer di seluruh dunia sedang marah dengan langganan GTA+ yang baru-baru ini diumumkan oleh Rockstar Games. Langganan ini tersedia secara eksklusif hanya untuk pemilik PS5 dan Xbox Series X yang mempunyai GTA Online dan memberi akses kepada banyak “faedah”.

Introducing GTA+ for GTA Online.

A new membership program exclusively on PS5 and Xbox Series X|S — providing easy access to a range of valuable benefits for both new and long-standing players on the latest generation consoles.

Launching March 29: https://t.co/t9DyrLap1W pic.twitter.com/gz4UXzCfxf

— Rockstar Games (@RockstarGames) March 25, 2022

Bernilai sebanyak $5.99 (sekitar RM 25.24) setiap, pembeli GTA+ akan mendapat $500k ‘in-game money’ dan akses kepada rumah baru, kenderaan dan item-item lain. Barang di atas sebenarnya tersedia untuk semua orang, tetapi langganan GTA+ menawarkan ‘shortcut’ untuk pemain baru atau bagi mereka yang malas grinding.

Sebaik sahaja Rockstar membuat pengumuman ini, ramai peminat mula mengamuk dan mula meluahkan perasaan kecewa mereka di Twitter. Sesetengah pemain bimbang bahawa Rockstar akan menggunakan GTA+ untuk mengehadkan content pada masa hadapan. Ini bermaksud; “Bayar dulu, baru boleh main”. Oleh sebab kemungkinan ini, ramai peminat mula marah dengan Rockstar dan cara mereka menggunakan Grand Theft Auto V sebagai alat untuk membuat duit.

Really starting to fear that Rockstar could be looking at options to begin nerfing Cayo Perico and other ways to make loads of money due to GTA+.

What does everyone else think?

— Ben (@videotechuk_) March 25, 2022

I don't understand why players buy 'game money' when you can make it on the game, that's why rockstar is making this kind of things, for lazy players

— AllDv (@ssamufc) March 26, 2022

Langganan GTA+ tidaklah wajib dan adalah sepenuhnya optional, tetapi saya faham kenapa ramai bimbang selepas melihat cara Rockstar Games mendukung francais ini ke masa akan datang.

Rockstar Games telah terlibat dalam banyak kontroversi sejak lepas tahun; antaranya adalah pelancaran GTA Trilogy yang gagal, harga GTA 5 Remastered yang mahal, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Rockstar juga mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan game Grand Theft Auto seterusnya , tetapi kini lebih ramai orang bimbang bahawa masa depan GTA akan menjadi kabur kerana konsep mikrotransaksi dan ‘developer yang mahu untung’.

Many of you have been asking about a new entry in the Grand Theft Auto series.

With every new project, our goal is always to significantly move beyond what we've previously delivered. We're pleased to confirm that active development for the next entry in the series is underway.

— Rockstar Games (@RockstarGames) February 4, 2022

Apa pendapat korang tentang kes ini? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang GTA, sila tekan pautan ini.

Sumber: Rockstar Games

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gtaGTA+rockstar
Previous Post

Komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan tersedia secara DIGITAL di pelbagai platform!

Next Post

Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin

Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd