Starbreeze menjual sebuah studionya untuk Rockstar Games kerana ia akan terus menstruktur semula dalam usaha untuk mengelakkan daripada kesemuanya tertutup. Dhruva Interactive, studio produksi seni yang pernah bekerja untuk game seperti Halo, Forza Horizon dan Payday 2, diperoleh oleh Starbreeze pada $8.5 juta (RM35 juta) dan dijual kepada Rockstar pada $ 7.9 juta (RM32 juta).

Rockstar akan memperoleh 91.8 peratus saham di studio, manakala saham Starbreeze, dan perjanjian mereka dijangka akan diketahui sebelum separuh tahun akhir 2019. Dhruva Interactive adalah salah satu studio permainan India yang pertama dan terbesar, di mana terdapat kira-kira 300 orang pekerja di dalamnya.
Ditubuhkan pada 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Rajesh Rao dan Starbreeze telah bekerja untuk Payday 2 dan The Walking Dead. Game multiplayer zombie itu bagaimanapun telah dibatalkan dan ditarik dari Steam selepas Skybound menamatkan kontraknya dengan Starbreeze. Di Rockstar, Dhruva akan terus bekerja pada projek klien sedia ada serta dengan 500 kakitangan Rockstar yang sudah ada di Bangalore untuk permainan lain.
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post